Hospital Medan dibuka di Hospital Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Hospital Medan dibuka di Hospital Pulau Pinang

KHAIRY Jamaluddin (dua, kanan) bersama Ketua Menteri Chow Kon Yeow (kanan) ketika meninjau tapak operasi cadangan Hospital Medan di perkarangan parkir di Hospital Pulau Pinang (HPP), Georgetown, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN : Sebuah Hospital Medan akan dibuka di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini bagi menampung peningkatan jumlah pesakit Covid-19 di negeri ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Hospital Medan itu akan mempunyai lebih 100 buah katil dilengkapi kemudahan oksigen, wad pesakit dan lain-lain kemudahan yang mampu merawat pesakit.

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kakitangan Kementerian Kesihatan telah melawat tapak, dan jika kelulusan diperoleh esok,  pembinaannya akan mengambil masa seminggu untuk disiapkan.

“Lebih 100 buah katil tambahan pelbagai jenis akan disumbangkan untuk pesakit di Hospital Medan ini,” katanya selepas meninjau tapak operasi Hospital Medan di HPP di sini hari ini.

Sebelum ini, Unit Rawatan Rapi Medan (Field) ICU dibina Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Kepala Batas (HKB) pada Mei lalu bagi merawat pesakit kritikal Covid-19.

Dalam pada itu, Khairy berkata, kementeriannya juga akan menjalankan perbincangan segera dengan beberapa hospital swasta di Pulau Pinang bagi membolehkan pakar dari HPP melakukan pembedahan kritikal dan berisiko tinggi di ruang bedah yang disewa dari hospital swasta.

“Kita ada keperluan mendesak berkenaan kes pembedahan yang perlu dibuat segera, beberapa dewan pebedahan di HPP telah diubah suai untuk pesakit Covid.

“Kita dapati hospital swasta enggan menerima kes-kes berisiko tinggi namun pakar bedah dari HPP sanggup melaksanakan pembedahan di ruang bedah hospital swasta.

“Jadi saya akan jalankan rundingan segera dengan hospital swasta jika mereka tidak mahu jalankan pembedahan yang berisiko, maka mereka benarkan kita sewa dewan pembedahan dan pakar di HPP boleh laksanakan pembedahan secepat mungkin,” katanya.

Selain itu, beliau turut memaklumkan, KKM juga akan menggerakkan 200 petugas barisan hadapan terdiri daripada kakitangan perubatan, jururawat dan lain-lain ke Pulau Pinang bagi menampung jumlah petugas kesihatan di negeri ini.

“Kita dapati ada kekurangan dari segi tenaga jururawat di Pulau Pinang, kita gerakkan mereka ini dari negeri-negeri lain untuk membantu Pulau Pinang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, Pejabat Perwakilan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke Malaysia dalam perutusan rasmi mereka hari ini telah mengumumkan penamatan wabak polio di Malaysia.

“Pengumuman ini telah dilaksanakan selepas mereka menilai langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh Malaysia dalam menangani wabak polio.

“Sebelum ini pada 2019 dikesan beberapa kes membabitkan polio di Sabah dan kita ambil langkah pencegahan untuk pastikan wabak ini dapat dikawal,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya