Runtuhan tebing Jalan Lepar Utara - Kota Gelanggi makin 'tenat' - Utusan Malaysia

Runtuhan tebing Jalan Lepar Utara – Kota Gelanggi makin ‘tenat’

KEADAAN runtuhan tebing sehingga separuh jalan di kawasan laluan antara Felda Lepar Utara ke Kota Gelanggi di Jerantut, Pahang pada 20 Disember 2021. - FOTO IHSAN PENDUDUK FELDA LEPAR UTARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Kira-kira 2,000 penduduk yang menggunakan Jalan Lepar Utara melalui Kota Gelanggi ke Bandar Pusat Jengka dan Jerantut mula bimbang berikutan mendapan tanah dan runtuhan tebing di sebuah kawasan laluan tersebut berlaku ketika gelombang pertama banjir pada 19 Disember tahun lalu.

Penduduk semakin ‘cuak’ kemungkinan runtuhan akan berlaku semula malah lebih dahsyat berikutan tempoh bermula gelombang kedua angin monsun luruan dan berlakunya hujan lebat serta banjir.

Walaupun satu lorong sudah dibaik pulih pada penghujung tahun lalu, tetapi penduduk bimbang kerana hujan lebat masih berterusan ketika ini dan dikhuatiri kejadian runtuhan kembali berulang.

Jalan berkenaan antara laluan utama penduduk keluar berbelanja, rawatan hospital dan urusan tertentu di Bandar Pusat Jengka dan bandar Jerantut kerana perjalanannya lebih dekat serta tempoh masa yang singkat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Penduduk Felda Lepar Utara 4, Noh Hitam Yusof, 57, berkata, kejadian tebing runtuh di situ sudah lama berlaku sejak banjir pada awal musim tahun lalu.

Katanya, ekoran banjir bermula 19 Disember lalu, ia nampak ketara apabila kejadian itu semakin teruk menyebabkan hampir sebahagian jalan runtuh.

“Pada mula kejadian, kebanyakan penduduk tidak berani memandu kenderaan di laluan ini kerana bimbang berlaku runtuhan memandangkan hujan lebat turun dalam tempoh seminggu bermula 17 Disember lalu.

“Walaupun sudah dibaiki untuk cuma laluan satu lorong bagi kenderaan ringan pada penghujung tahun ini, tetapi kita masih bimbang sambil berharap kerajaan membina laluan baharu dalam masa terdekat,” katanya di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Din Yusof, 57, mengeluh perkara yang sama, iaitu Jalan Lepar Utara melalui Kota Gelanggi ke bandar terdekat semakin tenat dan memerlukan perhatian segera kerajaan.

Ini kerana katanya, laluan tersebut telah lama berlaku kerosakan akibat mendapan dan runtuhan tebing.

“Bilakah penantian kami penduduk di sini untuk menggunakan kemudahan jalan raya yang selamat dan selesa akan berakhir?

“Cuma satu harapan sahaja kami perlukan kemudahan jalan raya yang sempurna dan selamat termasuk membaikpulih beberapa laluan lain ke gugusan Felda ini mengalami masalah yang sama setiap kali musim tengkujuh,” katanya.

Pemilik laman sosial Facebook, Mohamad Arif Mohamad Sofian, 40-an menerusi hantarannya menambah jalan tersebut merupakan satu-satunya laluan yang menghubungkan perkampungan Lepar Utara 1, 2 dan 4 dengan dunia luar mengalami rosak teruk.

“Harap situasi kali ini mendapat perhatian penuh pihak yang bertanggungjawab. Kes ini sudah lama. Nak tunggu sampai bila baru nak baiki betul-betul.

“Ini cuma salah satu jalan yang rosak, bersepah (banyak) lagi jalan rosak teruk dari bandar menuju ke Felda Lepar Utara. Harap dapat perhatian wajar pihak yang bertanggungjawab….” katanya menerusi hantaran tersebut. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya