Sebab itu saya yang melamar suami... -Elyana. - Utusan Malaysia

Sebab itu saya yang melamar suami… -Elyana.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Elyana Emrizal mendedahkan dirinya terlebih dahulu memulakan langkah melamar suami tercintanya, Khairul Anuar Husin untuk dijadikan sebagai pasangan hidupnya.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu popular Kalis Rindu itu menerusi satu hantaran gambar sempena Hari Ibu.

Kongsi Elyana, dia sama sekali tidak kisah dengan tanggapan orang lain kerana dari awal lagi dia mempunyai hasrat untuk berkahwin awal dan memiliki cahaya mata.

Dalam pada itu, dia sempat menitipkan doa buat para ibu di luar sana agar diberikan umur yang panjang dan sihat sejahtera untuk terus menjaga keluarga.

“Cita-cita saya dari dulu adalah ingin menjadi seorang ibu dan nak kahwin awal.

“Sebab itu saya yang melamar suami. Masa itu tidak kisah langsung orang gelar perigi cari timba, yang penting nak kahwin.

“Alhamdulillah, tercapai. Semoga semua yang bergelar ibu di luar sana, diberikan umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk terus menjaga keluarga,” kongsinya di Instagram.

Sekadar informasi, Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar pada tahun 2010.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Cinta Sumayyah, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia tiga tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya