Buang bayi selepas dengar bisikan ghaib - Utusan Malaysia

Buang bayi selepas dengar bisikan ghaib

BAYI perempuan yang ditinggalkan ibu bapanya di Sidoarjo, Jawa Timur. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIDOARJO: Sepasang suami isteri memberitahu polis mereka terpaksa membuang bayi yang baru dilahirkan kerana mendapat bisikan suara ghaib yang menyuruh mereka melakukan perbuatan tersebut.

Terdahulu, seorang wanita menemukan seorang bayi perempuan yang dianggarkan baru seminggu dilahirkan di kawasan rumahnya di Balongbendo, Sidoarjo, Jawa Timur.

Wanita itu kemudiannya melaporkan hal berkenaan kepada polis dan tidak lama kemudian, sepasang suami isteri yang dikenali sebagai TSA, 28, dan MSH, 33, tampil membuat pengakuan bayi tersebut adalah anak mereka.

“Pasangan suami isteri itu menceritakan, mereka menaiki motosikal ke Sidoarjo sambil menggendong bayi mereka dan ketika tiba di Desa Jabaran, mereka mendakwa terdengar bisikan ghaib yang kedengaran seperti suara lelaki tua.

“Bisikan itu menyuruh pasangan tersebut meletakkan bayinya di depan sebuah rumah dan meninggalkannya sebelum mereka pulang ke rumah,” menurut jurucakap polis.

‘Kehilangan’ bayi tersebut hanya disedari selepas pasangan itu sampai ke rumah dan mereka mendakwa tidak menyedari apa yang berlaku sehinggalah kisah penemuan anaknya tular dalam media sosial.

Sementara itu, polis masih melakukan siasatan dan bayi berkenaan kini diletakkan di bawah penjagaan pusat kebajikan sehingga siasatan selesai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya