Malu lahirkan anak luar nikah, wanita buang bayi atas bumbung rumah

Malu lahirkan anak luar nikah, wanita buang bayi atas bumbung rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURABAYA: Akibat malu mengandung luar nikah, seorang ibu muda tergamak membuang bayinya sendiri di bumbung rumah majikannya di Kota Surabaya.

Tribunnews melaporkan, suspek berusia 21 tahun mengambil keputusan terburu-buru kerana bimbang mengenai dirinya yang belum berkahwin selepas terlanjur dengan teman lelaki, November lalu.

Kejadian bermula selepas wanita itu melahirkan seorang bayi perempuan tanpa bantuan sesiapa di dalam bilik tidurnya di rumah majikan tersebut, Sabtu lalu.

Difahamkan, bilik tersebut disediakan oleh majikannya untuk beristirehat.

Selepas melahirkan anaknya, suspek pergi ke tingkat atas dan meletakkan bayi tersebut di bahagian bumbung.

Bayi malang itu terpaksa bermalam di luar rumah selama sehari sebelum tangisannya didengari penghuni lain di rumah berkenaan.

Ketika ditemukan, keadaan bayi itu berlumuran darah kering dengan tali pusat yang masih melekat.

Mereka kemudiannya memaklumkan kes tersebut kepada majikan sebelum dilaporkan kepada pihak polis di Mulyorejo dan Badan Tindakan Bencana Daerah (BPBD).

Ketua BPBD Kota Surabaya, Ridwan Mubarun mengesahkan penemuan bayi tersebut dan dia dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Bayi itu mengalami masalah berat badan, hipotermia dan sesak nafas yang ringan, namun keadaannya semakin baik,” kata Ridwan.

Sementara itu, ibu bayi tersebut berjaya diberkas oleh polis bagi membantu siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya