Rakyat Palestin di Tebing Barat juga dizalimi tentera Israel, penduduk Yahudi - Utusan Malaysia

Rakyat Palestin di Tebing Barat juga dizalimi tentera Israel, penduduk Yahudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEBING BARAT: Ketika tentera Israel terus membedil Semenanjung Gaza, penduduk Palestin di Tebing Barat juga menerima nasib serupa apabila mereka diserang penduduk Yahudi dan askar Zionis.

Sejak Sabtu lepas, sekurang-kurangnya 55 rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat dengan lebih 1,100 cedera.

Menurut aktivis hak asasi manusia, Samir Abu Shams, tindakan tentera Israel jelas mencabuli undang-undang antarabangsa.

“Setiap hari, ada sahaja penduduk Palestin yang ditembak mati oleh tentera Zionis sedangkan mereka hanya mahu pergi ke tempat kerja.

“Kenapa semua ini berlaku kepada kami? Kenapa Israel berterusan bunuh generasi kami?,” soalnya.

Pada Jumaat lepas, seorang penduduk Tebing Barat, Karem al-Jallad ditembak tiga kai oleh tentera Israel ketika dia dalam kereta memandu pulang ke rumah.

Insiden itu menyebabkan Karem cedera parah dan perlu menjalani banyak pembedahan bagi mengeluarkan peluru dalam badannya.

Selain menjadi sasaran tentera Israel, penduduk Palestin di Tebing Barat juga sering diserang penduduk Yahudi.

Penduduk Yahudi juga berani menggunakan senjata api untuk mengancam rakyat Palestin.

Malah, ada yang meninggal dunia akibat ditembak penduduk Yahudi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya