Pejalan kaki maut dipercayai kena langgar lari

Pejalan kaki maut dipercayai kena langgar lari

LOKASI kejadian langgar lari seorang pejalan kaki maut di Kilometer 111, Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur, Tanjung Malim hari ini. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seorang pejalan kaki maut dirempuh sebuah kenderaan dalam kejadian langgar lari di Kilometer 111, Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur arah utara di sini pagi tadi. 

Dalam kejadian sekitar pukul 6 pagi itu, mangsa yang belum dikenal pasti identiti maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Sulizmie Affendy Sulaiman

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berada berhampiran garisan lurus bahu jalan dan berjalan kaki menghala ke Slim River.

Katanya, lelaki itu kemudiannya dilanggar sebuah kenderaan tidak pasti hingga menyebabkan dia cedera parah di bahagian kepala.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa mati di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.

“Identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti ekoran tiada sebarang pengenalan diri dijumpai pada mayat dan di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut Suzilmie, usaha sedang dijalankan bagi mendapatkan maklumat mangsa dan waris lelaki terbabit.

Katanya, orang ramai yang mengetahui atau menyaksikan kejadian langgar lari itu diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan di balai polis berhampiran.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda tidak lebih RM20,000,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya