Penyanyi Najwa bagi sokongan kepada bapa

Penyanyi Najwa bagi sokongan kepada bapa

NAJWA Mahiaddin bersama beberapa anggota keluarga tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan kepada bapa mereka, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi Najwa Mahiaddin bersama beberapa anggota keluarga tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan kepada bapa mereka, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijangka menghadapi pertuduhan hari ini.

Dia yang pernah terkenal dengan lagu Got To Go  dan suaminya serta anggota keluarga dilihat tiba pada pukul 8.20 pagi, kemudiannya mereka bersama memasuki pekarangan mahkamah.

Muhyiddin dijangka tiba pada bila-bila masa untuk menghadapi pertuduhan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Pada hari ini, Utusan Malaysia melaporkan Ahli Parlimen Pagoh itu dijangka berdepan tujuh pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM230 juta.

Kesemua nilai berkenaan disyaki hasil daripada 30 rasuah yang diterima Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sebagai balasan mendapatkan projek kepada kontraktor.

Pertuduhan terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001 berkaitan dana Jana Wibawa.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum itu mengesahkan Muhyiddin akan didakwa di mahkamah di sini hari ini.-utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya