256 kes buang bayi sejak 2020 hingga 2022

Parlimen: 256 kes buang bayi sejak 2020 hingga 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan sebanyak 256 kes pembuangan bayi sepanjang 2020 hingga 2022 berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Di Dewan Negara, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif advokasi dan kesedaran bagi memupuk keprihatinan dalam kalangan masyarakat terhadap kesihatan reproduktif menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

NANCY SHUKRI

Katanya, usaha ini untuk membantu orang awam khususnya remaja supaya mengelakkan diri daripada terjerumus ke kancah masalah sosial seperti mengandung luar nikah dan sebagainya.

“Dalam hal ini, LPPKN telah melancarkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) yang telah dibangunkan sejak tahun 2009 dan dikemas kini pada 2022,” katanya pada sesi soal jawab hari ini.

Perkara itu dibangkitkan oleh Senator Amir Md. Ghazali yang minta kerajaan menyatakan bilangan kes buang bayi yang direkodkan sepanjang 2020 hingga 2022 mengikut pecahan negeri dan rancangan pihak kementerian untuk mengatasi is pergaulan bebas sehingga melahirkan anak tidak sah taraf.

Jelas Nancy, PEKERTI bermatlamat meningkatkan kesedaran semua pihak berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan melahirkan masyarakat penyayang, bertanggungjawab dan berdaya tahan serta mengamalkan gaya hidup sihat.

“Antara usaha pendidikan tidak formal yang dilaksanakan adalah melalui Pusat Remaja KafeTEEN dan meningkatkan kompetensi pendidik termasuk memperkasa ibu bapa dan juga golongan Orang Kurang Upaya (OKU) berkaitan is kesihatan reproduktif.

“Di bawah Program PEKERTI, LPPKN telah mendirikan 18 Pusat Remaja KafeTEEN, tujuannya untuk meningkatkan akses kepada maklumat serta perkhidmatan kesihatan reproduktif, khidmat kaunseling psikososial dan program pendidikan dan pembangunan kemahiran.

“Di bawah Program PEKERTI, LPPKN telah mendirikan 18 Pusat Remaja Kafe TEEN, tujuannya untuk meningkatkan akses kepada maklumat serta perkhidmatan kesihatan reproduktif, khidmat kaunseling psikososial dan program pendidikan dan pembangunan kemahiran untuk remaja,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya