Ini semua bukan salah Astro - Elly Mazlein - Utusan Malaysia

Ini semua bukan salah Astro – Elly Mazlein

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengacara, Elly Mazlein tampil memberi penjelasan berhubung pengunduran dirinya sebagai hos rancangan All Stars Gegar Vaganza yang mengejutkan peminat program tersebut.

Jelas Elly, keputusan itu dibuat atas kehendak sendiri, bukan gimik seperti yang disangkakan ramai pihak.

“Ini semua bukan salah Astro, ini semua bukan gimik seperti Nabil Ahmad cakap.

“Inilah kenyataan dimana Kepom sudah pun tinggalkan GV buat selama-lamanya. Ya…tiada lagi…cukup.

“Ini semua keputusan dari Kepom sendiri. Teruskan menyokong kesayangan Kepom yang sedang bertanding dalam GV10 ini ya.

“Untuk bintang-bintang GV10, Kepom akan sentiasa menyokong kalian. Buat sehabis baik ya,” tulisnya di Instastory.

Semalam, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad dalam kenyataan mengumumkan pengunduran diri pengacara itu dari rancangan tersebut.

Raqim dalam kenyataan sama turut memaklumkan keputusan Elly adalah atas faktor peribadi dan mendapat persetujuan bersama antara dia dan Astro.

Perkembangan itu menerima reaksi pelbagai pihak, termasuk rakan pengacara program sama, Nabil Ahmad yang mengakui terkejut dengan perkara itu.

Dalam pada itu, Elly turut menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia berbadan dua.

“Kepom tak mengandung, kepom dan suami baik-baik sahaja, Alhamdulillah,” tulisnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya