Notis bankrap? Saya tak tahu menahu - Rozita Che Wan - Utusan Malaysia

Notis bankrap? Saya tak tahu menahu – Rozita Che Wan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Rozita Che Wan mengakui tidak berhadapan dengan isu kebankrapan selepas penyebaran notis isytihar bankrap yang didakwa dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam.

Jelas Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana konsisten membuat bayaran setiap bulan melalui agen yang dilantik.

“Ini tuduhan merepek. Kalau betul, mesti saya dapat dahulu notis tersebut. Setakat ini, saya tidak pernah lari daripada membayar cukai.

“Saya tak terkejut pun. Saya membuat pembayaran cukai menerusi agen hampir RM50,000 secara peribadi untuk sebulan.

“Saya pun tak tahu bagaimana dakwaan tidak berasas ini boleh wujud. Tak apalah, saya serahkan perkara ini kepada agen yang dilantik,” katanya.

Che Ta ditemui pada majlis pelancaran produk baharu keluarannya iaitu serum Cekang Jelita dibawah jenamanya by RCW di sini hari ini.

Dalam pada itu, Che Ta berkata, dia pernah berhadapan dengan isu LHDN tetapi tidk pernah culas melangsaikan cukai secara konsisten.

“Saya pernah berdepan isu cukai sampai di tahan di lapangan terbang, tetapi itu lama dahulu. Setakat ini, saya memang bayar cukai.

“Tapi saya tidak mahu mahu layan benda ini kerana bukan masalah saya,” katanya.

Terdahulu, pelakon itu pernah berdepan dengan masalah berkenaan cukai pada 2014 apabila ditahan di lapangan terbang KLIA sebelum berlepas ke luar negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya