36 pengunjung termasuk OKU terperangkap di Menara Taming Sari

36 pengunjung termasuk warga emas, OKU terperangkap di Menara Taming Sari

MANGSA terperangkap lebih setengah jam dalam pelantar menara tinjau di Menara Taming Sari, Melaka pada ketinggian 60 meter, kira-kira pukul 5.30 petang tadi. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 36 pengunjung Menara Taming Sari di sini berdepan detik cemas apabila terperangkap lebih setengah jam dalam pelantar menara tinjau pada ketinggian 60 meter, kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

Bagaimanapun, kesemua mangsa yang terdiri daripada 26 dewasa, lapan kanak-kanak, seorang warga emas dan seorang orang kurang upaya (OKU) berjaya turun dengan selamat.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad, Azlan Abidin mengesahkan insiden berkenaan dan memaklumkan, mangsa berjaya diselamatkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tanpa sebarang kecederaan.

Beliau berkata, pihaknya sedang menunggu laporan teknikal penuh berhubung kejadian itu.

“Pelantar menara tinjau itu telah tersangkut pada ketinggian 60 meter ketika ia sedang turun ke bawah. Orang ramai tidak perlu bimbang, sekiranya pemeriksaan dapati tiada apa-apa yang serius, operasi menara akan berjalan seperti biasa.

“Pasukan penyelenggara telah mengambil langkah penyelamatan awal dengan menggunakan motor sokongan untuk menurunkan pelantar terbabit dan kesemua mereka berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat dengan bantuan pihak bomba,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Penguasa Bomba Kanan II Abd. Rahim Ismail berkata, panggilan kecemasan diterima pukul 5.58 petang dan sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera serta Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

“Pasukan tiba pada pukul 6.05 petang dan kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dalam masa 5 minit. Insiden itu dipercayai berpunca daripada kerosakan sistem menara dan ketika itu kita bimbang mangsa mengalami kekurangan oksigen kerana kejadian dikatakan berlaku sekitar 5.30 petang sebelum ia dilaporkan kepada pasukan penyelamat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya