Kutip 13kg sampah Jalan Raja Laut dalam 2 jam  - Utusan Malaysia

Kutip 13kg sampah Jalan Raja Laut dalam 2 jam 

SEBAHAGIAN penduduk Tiong Nam dan petugas SWCorp mengutip sampah di sepanjang Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur semalam. – Ihsan SWCorp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sikap jelek perokok tegar yang amat suka membuang puntung tembakau itu menyebabkan ia ‘mendominasi’ sampah paling banyak dikumpulkan di Jalan Raja Laut di ibu kota.

Penemuan itu hasil Program Plogging Bersama Komuniti Tiong Nam dilaksanan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan semalam.

Selama dua jam aktiviti tersebut berlangsung di sepanjang laluan pejalan kaki sejauh hampir satu kilometer itu, sampah-sarap seberat 13 kilogram (kg) berjaya dikutip para sukarelawan terlibat.

Menerusi hantaran melalui akaun sosial rasmi agensi berkenaan, puntung rokok sebagaimana yang dijangka, terus muncul sebagai sisa pepejal terbanyak berjaya dikumpul.

“Ini diikuti putik kapas, straw dan pelitup muka selain sampah yang berbentuk plastik termasuk bungkusan makanan dan minuman serta polisterin dibuang di celah pokok,” jelas agensi itu.

SWCorp menambah, kawasan Tiong Nam yang terkenal banyak deretan rumah kedai lama itu merupakan kawasan paling teruk dilanda banjir besar pada akhir tahun lalu di Kuala Lumpur yang dikesan sampah sebagai punca utama parit dan longkang tersumbat mengakibatkan skala bencana lebih besar.

Bagi memeriahkan suasana, petugas agensi tersebut turut membawa sepanduk untuk menyeru para pemandu kenderaan membunyikan hon sebagai tanda sokongan buat wira ‘plogging’ ini yang turut disertai Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan, Ummi Kalthum Shuib.

Program khas itu menurutnya, bertujuan memberi kesedaran kepada pejalan kaki, pekedai dan pemandu supaya tidak membaling sampah di laluan koridor, longkang dan bahu jalan raya dan memohon warga Kuala Lumpur peka kepada kebersihan ibu negara dengan tidak membuang sampah merata-rata serta ubah sikap agar berani tegur mereka yang degil ingkar.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya