Anda di sini

Hamas, Israel terus berbalas serangan

Advertisement

Angka kematian dan kecederaan kedua-dua pihak kini melebih 1,000 orang

Penduduk Palestin awal semalam hanya mampu melihat kemusnahan Masjid Ahmed Yassin yang dibedil jet pejuang Israel kelmarin. - Gambar AFP
Penduduk Palestin awal semalam hanya mampu melihat kemusnahan Masjid Ahmed Yassin yang dibedil jet pejuang Israel kelmarin. - Gambar AFP

BAITULAHAM: Rejim Israel terus mengganyang Semenanjung Gaza awal semalam ketika Hamas meneruskan serangan roket dan menghantar para pejuang ke wilayah jajahan, tatkala angka kematian dan kecederaan dalam keganasan di kedua-dua wilayah itu melebihi 1,000 orang.

Israel mendakwa telah menghentam lebih 500 sasaran di wilayah miskin terkepung Gaza, manakala pertempuran berterusan di tujuh hingga lapan lokasi di Tel Aviv dan wilayah jajahan.

Dua hari lepas Hamas melancarkan roket dan menghantar pejuang yang menembak mati peneroka Yahudi dan melarikan sekurang-kurangnya 100 tebusan dalam serangan besar-besaran yang mengejutkan rejim.

Kerajaan tentera kelmarin mengisytiharkan perang ke atas Hamas dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memberi amaran untuk bersedia bagi konflik yang sukar dan panjang.

Hamas yang melancarkan serangannya yang digelar 'Operasi Banjir Al-Aqsa' kemudian menyeru para pejuang di Tebing Barat, negara-negara Arab dan Islam untuk menyertainya.

Ketua Hamas Ismail Haniyeh meramalkan kejayaan dan berikrar akan terus berjuang bagi membebaskan negara mereka dan orang-orang Palestin yang meringkuk dalam penjara penjajah.

Lebih 700 anggota tentera dan peneroka haram Yahudi maut, menurut rejim semalam, dan lebih 1,200 lagi cedera kebanyakannya parah.

Kakitangan kecemasan semalam memeriksa kerosakan pada bangunan di bandar selatan Ashkelon yang dibedil roket dari Semenanjung Gaza kelmarin. - Gambar AFP
Kakitangan kecemasan semalam memeriksa kerosakan pada bangunan di bandar selatan Ashkelon yang dibedil roket dari Semenanjung Gaza kelmarin. - Gambar AFP

Sementara itu, jet pejuang Israel membedil Gaza yang dihuni 2.3 juta orang dengan pegawai melaporkan sekurang-kurangnya 413 maut.

"Sepanjang malam jet pejuang, helikopter, pesawat dan artileri kami telah menghentam lebih 500 sasaran Hamas dan 'pengganas' Jihad Islam di Semenanjung Gaza," kata jurucakap rejim Richard Hecht.

"Kami menjangka akan mendapat kawalan penuh menjelang semalam (kelmarin)," tambahnya.

Asap tebal berkepul dari Gaza ketika serangan udara Israel diteruskan hingga dinihari, menurut korespondenAFP

Jurucakap rejim Leftenan Kolonel Jonathan Conricus menganggarkan sekurang-kurangnya 1,000 pejuang Palestin terlibat dalam serangan Sabtu lalu yang disamakan seperti serangan 9/11 dan Pearl Harbour dalam satu masa.

Conricus berkata, kira-kira 100,000 anggota rizab dikerahkan ke selatan dalam usaha mengusir pejuang Hamas dari wilayah jajahan. - AFP
 

Advertisement