Salah satu masalah bagi pengguna telefon bimbit adalah kabel pengecas yang selalu saja rosak dan perlu diganti.
Ada yang tak sampai tiga bulan guna dan kena beli baru. Salah satu penyebabnya adalah cara kita menggulung kabel tersebut yang mungkin menyebabkan ia mudah rosak.
Sebenarnya ada teknik yang digunakan untuk menggulung kabel terutama yang mahal, ia dinamakan kaedah Roadie Wrap.
Teknik Roadie Wrap
Caranya dengan menggulung membentuk bulatan.
Bagi pengecas telefon atau komputer riba, jika kabel dan pengecas adalah bersambung atau anda tidak mahu mencabut kabel boleh lakukan cara berikut.
Kaedah 1
Kaedah 2
Tip
Pastikan bahagian kabel yang menghubungkan dengan pengecas tidak terlipat kerana ia boleh menyebabkan kerosakan.
Sumber: How To Geek
DIY Dapur Ringkas Guna Kapas Muka & Minyak Terpakai, Berguna Untuk Masak Waktu Camping Atau Berkelah
Hujung minggu ramai yang suka bawa keluarga untuk berkhemah atau pun berkelah tepi pantai mahu pun sungai.
Untuk jimat biasa kita akan masak sendiri saja. Cuma nak masak ini biasanya kenalah bawa dapur gas portable. Tapi jika kita tak bawa atau terlupa bawa boleh gunakan idea dapur DIY yang dikongsi oleh Cheff Dapo Dak Yoi.
Dengan hanya menggunakan kapas muka, minyak masak terpakai dan bekas tin, ia boleh dijadikan dapur untuk memasak. Cara selanjutnya boleh ikut perkongsian beliau.
Cara buat dapur masak guna kapas muka dan minyak masak terpakai
Zaman gawat ni kita masak guna dapur ni saja, jimat…
Hari ni masak telur kicap je, makan tepi laut. Letak cili api kampung, yang ini tak boleh tinggal.
-Bahan bakar atau dapur cuma guna kapas muka, minyak masak terpakai saja. Kapas muka guna dalam 6 keping.
-Cara nak buat letak satu-satu kapas dan tuang minyak. Kemudian tarik sikit kapas untuk cucuh api. Dah boleh masak.
-Kalau minyak tinggal sikit, tutup dulu bekas untuk padam api, tambah minyak kemudian hidupkan semula api. Boleh pakai berkali-kali.
Dapur ini boleh masak untuk hidangan yang ringkas seperti telur goreng atau dadar, sardin dan sebagainya.
Untuk tonton video DIY dapur ini oleh Cheff Dapo Dak Yoi boleh klik SINI
Tip Mudah Tanggalkan Cebisan Tisu, Kertas Yang Melekat Pada Pakaian Dalam Mesin Basuh
Ada masa kita terlupa untuk keluarkan tisu atau kertas dari poket seluar. Akibatnya berlakulah ‘tragedi’ waktu membasuh pakaian menggunakan mesin basuh.
Habis semua pakaian yang melekat cebisan putih dari kertas tadi. Memang boleh ‘angin’ dibuatnya. Lagi stres kalau kebanyakan pakaian yang dibasuh itu berwarna gelap. Lagilah nampak cebisan putih yang bertepek itu.
Memandangkan kejadian seperti ini selalu juga berlaku maka kita kena tahu cara untuk membuang cebisan tisu yang dah melekat pada pakaian ini.
Seorang pengguna Twitter dari Jepun, Yukino telah berkongsi solusi kepada masalah ini dan caranya cukup mudah. Disebabkan itu ciapannya telah mendapat lebih 500k tanda suka. Bermakna ramai yang berdepan dengan masalah ini.
Cuma letak pelembut pakaian
Ujar beliau yang turut berdepan dengan masalah tersebut cara menyelesaikannya cukup mudah.
Bagi pakaian yang telah diselaputi cebisan tisu dalam mesin basuh ia akan kembali bersih dengan cara membuat satu lagi basuhan iaitu 1 kitaran bilasan dan 1 spin dan tambahkan pelembut pakaian.
Selepas kitaran itu, tisu yang melekat pakaian tadi akan hilang. Jadi jangan lagi risau kalau berlaku lagi kejadian ini berlaku.
Masukkan dalam dryer
Dalam pada itu netizen turut berkongsi lagi satu tip iaitu, memasukkan pakaian yang penuh dengan cebisan tisu ini ke dalam dryer. Cebisan tisu akan lenyap dan baju akan bersih selepas proses pengeringan tamat.
Kalau tiada dryer, boleh ikut cara pertama ya.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Yukino & Siakapkeli
Kalau Tanam Pokok Jambu Air Ikut Petua Tabur Garam Supaya Buahnya Besar, Padat & Manis
Kalau di kampung, pokok jambu air ini antara yang selalu ditanam di halaman. Senang nak makan, petik saja. Kalau ada jambu air madu lagi syok, buat colek untuk makan waktu petang. Terbaik!
Pokok jambu air ini memang berbuah lebat tapi nak dapatkan buah yang cantik, besar dan padat kena buat penjagaan. Boleh ikut tip yang dikongsi oleh Iffah Effah. Kalau tengok jambu yang ditanam buahnya memang cantik.
Guna petua ini supaya jambu air manis, padat!
Menurutnya pokok jambu air yang ditanam ini langsung tak mengunakan racun tapi tetap elok, padat dan sedap buahnya. Ini tip yang dikongsi:
1. Kalau pokok dah lama tapi tak berbuah, ambil sedikit garam kasar dan tabur. Tapi nak tabur ada caranya kita berdiri dekat batang pokok dan campak ke arah luar (sebab akar dah gerak jauh dari batang, sama jugak kalau bagi baja).
Tabur garam itu tujuannya untuk tambahkan manis pada buah. (Ini orang dulu-dulu cakap, mereka kan lebih dulu makan garam). Jadi jangan tabur gula pulak sebab nak bagi manis.
2. Pokok jangan biar terlalu tinggi, cantas bahagian atas kalau boleh tinggi bawah 10 kaki supaya senang nak kutip hasil dan senang kita nak balut.
3. Waktu buah berputik, bila dah besar dalam 20 sen balut buah guna plastik dan surat khabar. Pastikan gunting kiri dan kanan supaya air hujan tak bertakung.
4. Tujuan kita balut buah supaya lalat buah tak serang (buah tak cacat & rosak ) kalau sebelum balut itu ada bintik-bintik hitam tu boleh lah buang awal-awal pilih yang cantik-cantik saja.
5. Masa kutip hasil pula, kalau boleh buah busuk yang jatuh bawah dahan sebaiknya korang sapu (bakar atau buang jauh ) bagi kosong bawah pokok. Sebab buah yang busuk itu ada fungus jadi ulat akan merebak cari akar jambu. Sebab itu kena bersih kan supaya pokok boleh tahan lama.
6. Buang sedikit daun supaya udara boloh masuk, banyak sangat daun nanti buah kurang (gila daun).
Hasilnya
Selamat mencuba!
Sumber: Iffah Effah