Salah satu masalah bagi pengguna telefon bimbit adalah kabel pengecas yang selalu saja rosak dan perlu diganti.
Ada yang tak sampai tiga bulan guna dan kena beli baru. Salah satu penyebabnya adalah cara kita menggulung kabel tersebut yang mungkin menyebabkan ia mudah rosak.
Sebenarnya ada teknik yang digunakan untuk menggulung kabel terutama yang mahal, ia dinamakan kaedah Roadie Wrap.
Teknik Roadie Wrap
Caranya dengan menggulung membentuk bulatan.
Bagi pengecas telefon atau komputer riba, jika kabel dan pengecas adalah bersambung atau anda tidak mahu mencabut kabel boleh lakukan cara berikut.
Kaedah 1
Kaedah 2
Tip
Pastikan bahagian kabel yang menghubungkan dengan pengecas tidak terlipat kerana ia boleh menyebabkan kerosakan.
Sumber: How To Geek
Cara Buat Kangkung Goreng Belacan Yang Sedap, Nak Tukar Kailan & Pucuk Paku Pun Boleh Juga
Kangkung goreng belacan, menu ini memang selalu kita pesan bila makan di restoren. Walhal kalau nak buat sendiri pun punyalah senang.
Modal beli kangkung saja pun sebab bahan yang lain dah ada kat dapur rumah sendiri. Apa kata lepas kita cuba masak sendiri, caranya boleh ikut perkongsian Azlizah Izzah.
Buat sendiri kangkung goreng belacan
Bahan tumbuk:
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Cili hidup merah
Bahan lain
Sos tiram (optional)
Serbuk perasa
Garam
Udang/sotong (optional)
Kangkung (boleh juga guna kailan atau pucuk paku)
Minyak masak
(Sukatan bahan ikut kuantiti kangkung)
Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga garing (jangan terlalu garing)
2. Masukkan udang atau sotong jika suka kemudian kacau hingga masak.
3. Masukkan sedikit sos tiram bersama serbuk perasa dan garam.
4. Kemudian masukkan kangkung dan kacau, biar kangkung masak.
Siap untuk dihidangkan, makan dengan lauk ayam goreng kunyit pun dah sedap.
Sumber: Azlizah Izzah
Hukum Merasa Makanan Di Bulan Puasa, Jangan Buat Macam Ni Ya!
Bagi yang sudah biasa memasak, dah tentunya boleh agak berapa banyak garam dan gula perlu diletakkan dalam makanan.Campak-campak pun sedap
Tapi jadi masalah pada mereka yang tak mahir memasak terutama di bulan puasa. Mereka perlu dulu makanan untuk memastikan ia cukup rasa.
Bolehkah begini? Bagi yang rasa ragu-ragu berikut adalah hukum merasa makanan yang dipetik dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan.
Apakah hukum merasa makanan?
JAWAPAN
Merasa makanan adalah dibolehkan dengan dikecap di hujung lidahnya dan tidak membatalkan puasanya mengikut pendapat yang terpilih. Situasinya adalah seperti tukang masak atau surirumah yang sedang memasak di dapur. Ibn Abbas R. Anhuma berkata:
لاَبَأْسَ أَنْ يَذُوْقَ الخَلَّ أَوْالشَّيْءَ مَالَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَصَائِمٌ
“Tidak mengapa seseorang yang sedang berpuasa mencicipi cuka atau sesuatu, selama tidak masuk sampai ke kerongkong.”
Ini hendaklah dalam kuantiti yang sedikit. Namun, tidak boleh menelannya kerana jika ditelan masuk bersama air liur, batallah puasanya.
Kesimpulannya dibolehlah untuk kita merasa makanan, tapi pastikan di hujung lidah saja. Jangan telan! menelannya.
Semoga bermanfaat.
Sumber: http://muftiwp.gov.my
Tip Pilih Pure Butter Untuk Buat Biskut & Kek Raya, Barulah Hasilnya Sedap!
Menjelang bulan Ramadan ramai dah mula mencari cari resipi biskut dan kek raya yang ingin cuba dibuat tahun ini.
Tapi sebelum itu, elok kita belajar dulu perkara asas yang penting untuk jadikan biskut, kuih dan kek raya kita sedap. Salah satunya pemilihan mentega.
Perkongsian dari Nieza Nor Hamnira boleh dijadikan panduan. Melalui pengalaman, beliau berkongsi info jenis mentega yang sesuai dan sedap untuk membuat biskut dan kek.
Jenis pure butter untuk buat biskut dan kek
Melalui pengalaman baking dan eksperimen- eksperimen yang saya suka buat waktu aktif dahulu, di sini mungkin saya boleh berkongsi dapatan saya (disclaimer : eksperimen personal ya bukan fakta profesional).
Ini eksperimen dan findings antara pure butter yang biasa di Malaysia (mentega tulen bukan butterblend / lepa susu ya). Jika mahu jadikan rujukan, silakan. Jika tidak terima, it’s also ok sebab memang masing-masing punya cita rasa berbeza.
Berat Pure Butter Buku
– 250gm biasanya salted, 227gm pula biasa unsalted. Kandungan garam dalamnya yang selalunya jadikan berat butter buku 250gm.
Salted – Unsalted, Kek atau Cookies?
– Kek sedap guna yang salted
– Cookies lebih baik guna yang unsalted sebab rasa mentega yang lebih kaya rasa (rich and buttery)
Jenama pure butter apa yang best dan sesuai?
SCS, Tatura, Golden Churn : Shortbread, Tart, Kek, Brownies
Anchor : Jenis drop cookies, cookies yang berterap (bentuk), Choc chip cookies, soft chewy cookies
Lurpark : Scones, jenis Muffin, Kek, Brownies, Bars
Emborg : Kek, Brownies, Bars
Dah expired boleh guna lagi ke tak
Dah tiba tarikh expired tapi masih ada dalam peti sejuk, boleh pakai tak? Jawapan, masih boleh. Jangka masa?
– Ia masih tahan 1-2 bulan kalau dah buka bungkusan
– 3-4 bulan kalau belum buka bungkusan
Kenapa pure butter tahan lama? Sebab ia tak banyak kandungan laktose, ia tinggi kandungan lemak. Simpan ia dalam packaging asalnya atau juga double wrap dengan foil.
Yang jenama lain-lain selain yang disebut di atas, semua boleh guna dan ia bergantung kepada citarasa masing-masing.
Salted untuk kek, unsalted untuk cookies
Masih juga boleh berpandukan kepada ‘sifir’ pure butter yang salted untuk kek dan unsalted terbaik untuk buat cookies.
Ini bukan cerita butter-blend ya, ini hanya tentang mentega asli sahaja, dan ia pendapat personal berdasarkan eksperimen dan pengalaman saya sebagai baker aktif suatu ketika dahulu.
Gambar adalah antara ujian yang saya buat kepada rasa kepada mentega dan butterblend yang biasa ada di pasaran kita. Walaupun anda dah jumpa mentega asli terbaik, tapi jika anda nak buat cookies, kalau guna butter keseluruhannya (100% – tak campur jenis lelemak yang lain), cookies anda akan rapuh teruk ya… banyak kecainya nanti.
Semoga bermanfaat
Sumber: Nieza Nor Hamnira