window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Populasi pekerja Proton City bakal meningkat, Perak giat bina infrastruktur sekitar Tanjung Malim

Mersita · May 12, 2023 06:00 PM

Populasi pekerja Proton City bakal meningkat, Perak giat bina infrastruktur sekitar Tanjung Malim 01

Kredit foto: Jehan Development

Berita tentang pemindahan keseluruhan operasi Proton dari Shah Alam ke Proton City, Tanjung Malim menjelang 2027 nanti disambut baik oleh kerajaan negeri Perak yang sedang bersiap-siaga menerima kemasukan ribuan penduduk baharu di daerah itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata, usaha menyediakan infrastruktur seperti perumahan dan sekolah di kawasan itu merupakan satu langkah proaktif bagi menampung kemasukan pekerja-pekerja Proton City bersama keluarga mereka.

Populasi pekerja Proton City bakal meningkat, Perak giat bina infrastruktur sekitar Tanjung Malim 02

Foto: FB SK Proton City

Menurut beliau, buat masa ini terdapat lebih 3,000 pekerja Proton dari Shah Alam telah berpindah ke Tanjung Malim. Dalam tempoh 4 tahun lagi, dianggarkan 10,000 pekerja akan berpindah termasuk ahli keluarga masing-masing. Dengan kemasukan ini, populasi penduduk kawasan Proton City dijangka meningkat kepada 50,000.

"Jadi, kita kena buat persiapan segera dalam tempoh 3 - 4 tahun ini dengan menyediakan kawasan perumahan baharu serta pembinaan lebih banyak sekolah menengah dan rendah berikutan sekolah yang ada kini tidak boleh menampung pelajar dalam tempoh itu," ujar beliau kepada Sinar Harian pada Khamis.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Populasi pekerja Proton City bakal meningkat, Perak giat bina infrastruktur sekitar Tanjung Malim 01

Banyak jabatan kerajaan yang terlibat dalam usaha ini kerana ia perlu dilaksanakan segera dan harus diselaraskan dengan baik supaya pembangunan di Tanjung Malim lebih teratur, kata beliau lagi.

Saarani berkata demikian ketika mengulas kejayaan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke China baru-baru ini dimana Malaysia memperoleh pelaburan bernilai RM32.5 bilion daripada dua syarikat China iaitu Geely dan DC-Sciences Co Ltd (DCS).

Pelaburan ini melibatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan dua syarikat ini masing-masing memfokuskan pelaburan pada kenderaan elektrik (EV) serta pusat data.

Juga baca: Geely akan melabur di Tanjung Malim dengan nilai RM 30 bilion bagi pembangunan AHTV

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda