bab 43 | 𝒽𝑒𝓇 𝒽𝓊𝓈𝒷𝒶𝓃𝒹

10K 934 101
                                    

Elyana mengiring ke kiri dan wajah yang masih lena dalam tidurnya itu ditatap lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Elyana mengiring ke kiri dan wajah yang masih lena dalam tidurnya itu ditatap lama.Spontan, satu senyuman manis terhias diwajahnya.Detak jantungnya juga sudah menjadi tidak normal.

"Macam mimpi pula dapat kahwin dengan awak ni.."bisik Elyana halus dengan mata yang masih setia menilik setiap inci wajah suaminya itu.

A very nice view!

Tanpa disedari, usia perkahwinan mereka berdua sudahpun hampir mencecah empat bulan.Tidak disangka masa sudah berlalu dengan begitu pantas sekali.Dan Alhamdulillah, masa juga sudah mengubah segalanya.Jika Faer yang dulu sangat menyampah dan benci dengannya, kini lelaki itu telahpun meluahkan perasaan cintanya.Layanan lelaki itu juga sejak dua menjak ini sudah berubah banyak.Layanan Faer kepada nya sudah menjadi lebih lembut dan penuh kasih sayang.Betapa bahagianya pada ketika itu.Cintanya berbalas juga!

Detik - detik yang dia sentiasa nantikan!

"Saya harap awak tak berhenti sayangkan saya..Sebab saya janji, saya tak akan berhenti cinta dan sayangkan awak.. You're my only one hero, so let's protect our love together."tokok Elyana dari sudut hatinya yang paling dalam.

Ya, dia sungguh sayang dan cintakan Faer dengan ikhlas.Tiada sekelumit pun rasa benci mahupun dendam dalam diri nya buat lelaki itu meskipun sebelum ini dia hanya dilayan acuh tidak acuh saja! Malah, semakin dia sayang adalah!

Sebab apa? Sebab hanya nama suaminya itu saja yang tertulis dalam cerita cinta nya sejak awal lagi.Tiada nama lelaki lain! He is the first one, and insha Allah he will be the last one..Forever after.

"My flower."

Elyana sedikit kaget bila mendengar satu suara yang tiba - tiba saja menyinggah di peluput telinganya.Dan bila dia melihat wajah Faer, mata lelaki itu masih lagi terkatup rapat.Hanya senyuman kacak saja yang menghiasi wajah lelaki itu.

"Awak dah bangun ke?"soal Elyana dengan nada perlahan.Takut juga dia kalau bukan Faer yang bersuara tadi.

Macam mana kalau hantu? Ish!

Faer mencelikkan matanya sebelah sebelum melebarkan lagi senyuman dibibirnya.Tak semena - mena, kedua tangannya dilingkarkan kepinggang ramping si isteri.Mata kembali ditutup.

"Yes, flower..I'm awake."

Elyana menghela nafas lega sebaik mendengar balasan daripada Faer itu.Tidak lama kemudian, matanya membulat besar.Jadi dia dengar lah ni segala kata - katanya tadi? Serius lah?!

"Awak baru bangun juga kan? Baru berapa saat yang lalu je kan?"soal Elyana meminta kepastian.Haih, memalukan!

Faer menyengih.Belakang pinggan Elyana diusap - usapnya perlahan.

"Haah, baru je."

Elyana sekali lagi menghela nafas leganya.Beberapa saat kemudian, dia mengukir senyuman suka.Lalu, jarak antara dirinya dengan Faer dikurangkan.

SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAKWhere stories live. Discover now