Gaya Hidup By: tex_admin June 15, 2018 @ 2:00pm

Dah Guna Deodoran, Tapi Ketiak Masih Basah? Amalkan 4 Cara Ini

Anda pernah tak alami ketiak yang berpeluh? Kebiasaannya cuaca panas akan menyebabkan badan kita mudah berpeluh dan salah satu bahagian badan yang berpeluh adalah ketiak. Mesti anda tertanya-tanya kenapa dah guna deodoran pun ketiak masih berpeluh, malah meresap pula ke dalam baju. Mesti malu kalau orang nampak kan? 

Kalau anda nak tahu, peluh adalah salah satu cara untuk menghilangkan toksin dalam tubuh. Penggunaan deodoran sebenarnya tidak dapat menghentikan pengeluaran peluh! Anda mesti nak tahu kan macam mana nak atasi masalah ini? Jangan risau, anda boleh mengendalikan peluh berlebihan dengan beberapa cara ini:

Foto: Magazine

1. Gunakan deodoran semulajadi

Selain daripada menggunakan deodoran yang dijual di pasaran, anda juga boleh membuatnya daripada bahan semulajadi. Cara yang pertama ialah dengan menggunakan campuran baking soda dan air. Sapukan ramuan ini pada ketiak anda dan biarkan selama 30 minit, kemudian bilas dengan air bersih.

Cara yang kedua pula, anda boleh menggunakan cuka epal yang disapu pada ketiak selepas mandi. Cuka epal ini akan menjadikan ketiak anda lebih kering. Anda juga boleh membuat campuran jus lemon dengan isi tomato. Sebatikan dua campuran tersebut dan sapu pada bahagian ketiak dan biarkan selama 30 minit, seterusnya bilas dengan air bersih.

2. Pastikan ketiak anda bersih

Apabila anda merasakan ketiak anda mula berpeluh, segeralah mengeringkannya dengan kain atau tisu. Sebaiknya, jangan memakai sebarang deodoran apabila ketiak sedang basah. Ia akan meningkatkan pengeluaran peluh pada ketiak. Anda perlu mencuci ketiak dengan sabun dan keringkan terlebih dahulu sebelum menyapu deodoran.

Selain itu, anda juga boleh memakai baju dalam agar peluh tidak meresap secara terus pada pakaian anda. Pemakaian baju dalam akan menyerap terlebih dahulu semua peluh anda. Cara ini juga akan boleh mencegah timbulnya kesan rona kuning pada baju anda. 

3. Mencukur bulu ketiak

Anda juga perlu mencukur bulu ketiak kerana ia dapat membantu mengurangkan pengeluaran peluh. Bulu halus pada ketiak anda akan menjadikan ketiak lembap dan menghasilkan lebih banyak peluh. Bukan itu sahaja, kalau anda membiarkan bulu ketiak terus panjang akan menimbulkan kegatalan. Dah lah berpeluh pastu gatal pula ketiak, mesti tidak selesa!

4. Semak diet anda

Sebaiknya anda perlu mengelakkan makan makanan berbau tajam terutamanya bawang jika anda mudah berpeluh. Elakkan juga makan daging, susu, dan makanan pedas yang boleh meningkatkan suhu badan. Kalau anda nak tahu, makanan jenis ini akan membuatkan hypothalamus menghantar isyarat ke otak untuk menghasilkan lebih banyak peluh.

Kesimpulannya, jika anda mengalami masalah berpeluh yang teruk, cubalah cara ini! Jangan biarkan orang lain menegur ketiak anda basah, kan dah malu?

Sumber: Aliffchannel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Apr 2020
Gaya Hidup Tue, 3 Apr 2018

Nak Makan Churros Yang Panas Dan Sedap? Jom Serbu Street Churros Sekarang

Street Churros, jenama makanan yang sememangnya gah sebagai rangkaian kafe churros terbesar di dunia.

Gaya Hidup Thu, 5 Apr 2018

Wajib Pergi 10 Tempat Ini Jika Anda Holiday Ke Langkawi

Memiliki keindahan semula jadi dan warisan geologi seperti gunung-ganang, pulau dan pantai yang indah menjadikan Pulau Langkawi sebagai tempat pelancongan di Malaysia yang dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa.

Gaya Hidup Mon, 2 Apr 2018

Sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia: Ini 9 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Austime

Tahukah anda bahawa satu daripada 160 kanak-kanak di dunia adalah kanak-kanak autistik?

Gaya Hidup Fri, 16 Nov 2018

Jadikan Anak Anda Jagoan Hafaz Al-Quran Dengan Amalan 7 Petua Ini

Cara ajar anak hafal Al-Quran ini boleh dimulakan sejak anak berusia dua tahun.

Featured Mon, 13 Apr 2020

Ekstrak kekwa ungu bantu turunkan berat badan

Turut mempunyai pelbagai kebaikan lain

Gaya Hidup Mon, 3 Sep 2018

Kenali Ratu Elizabeth II Melalui Pantang Larang Menu Makanannya

Dia masih kelihatan sihat di usia 92 tahun, segalanya diperoleh daripada penjagaan makanan.

Featured Mon, 6 Aug 2018

Ubat Gigi Penyebab Diabetes. Betul Ke?

Titanium dioksida bahan penyebab diabetes jenis kedua.

Featured Tue, 14 Aug 2018

Wow! Makan Kimchi Boleh Kuruskan Badan?

Kimchi mempunyai kandungan serat yang tinggi akan menjadikan anda berasa kenyang!