Hiburan By: SGMS Fas June 26, 2019 @ 12:26pm

Doakan Saya Istiqamah’- Peminat Puji Penampilan Baharu Lisa Surihani

Selepas pulang dari mengerjakan umrah baru-baru ini, pelakon Lisa Surihani dilihat memuatnaik beberapa keping gambar dengan penampilan berhijab.

Menurut pelakon berusia 33 tahun ini, keputusan sama ada mahu kekal dengan imej berhijab atau sebaliknya adalah terlalu peribadi.

“ Saya agak risau bila memuat naik gambar dengan imej baharu. Bukan apa, bimbang kalau saya muat naik, seolah-olah mahu meraih pujian sesama insan.

“Ia sangat peribadi…Sebab itu saya ambil masa yang agak lama untuk memuat naik gambar ini. Saya harap terus istiqomah dalam hal ini dan melakukannya kerana Allah. Jauh sekali atas tekanan atau kehendak sesiapa,” katanya kepada BH Online.

Akur dengan fitrah manusia yang sering diuji, isteri kepada Yusry Abdul Halim ini mahu menikmati fasa baharu ini perlahan-lahan.

“Dalam hidup ini, kita tak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Setiap hari juga kita cuba mengubah diri menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

“Pengalaman mengerjakan umrah bersama suami, anak dan keluarga baru-baru ini, saya sifatkan begitu indah. Moga lembaran baharu ini dapat saya nikmati sebaik mungkin,” katanya.

Rata-rata peminat Lisa memuji dia nampak lebih cantik dan menawan dengan penampilan bertudung. Semoga terus istiqamah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Jun 2019

肥妈什么料都敢爆!唯独对「他」会手下留情

相隔不到半年,叶丽仪、陈洁灵和玛俐亚再度联手,于8月10日重返云顶举办《三大超豪亚洲天后云顶2019》演唱会,以60至70年代歌曲及服装打扮,与歌迷重温当年情!

Hiburan Fri, 20 Mar 2020

ICSYVM3: Yusry Tak Setuju Dengan Erra Fazira?

Fuhh macam best je minggu ni!

Featured Sat, 26 Jun 2021

Status PKP Dilanjutkan Sehingga Dua Minggu Lagi Adalah Palsu

Status pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilajutkan atau sebaliknya hanya akan diumumkan esok. Menurut sumber, kenyataan yang tersebar hari ini yang menyatakan tempoh pelaksanaan PKP 3.0 itu disambung dua minggu lagi adalah palsu. Dalam […]

Hiburan Tue, 18 Jul 2023

Selepas 2 Tahun Berehat, Saharul Ridzwan Luah Rasa Rindu Nak Berlakon?

Lama dah tak nampak Saharul Ridzwan berlakon kan?