Oh Lawa By: Ad Ops July 20, 2018 @ 4:00pm

Kuku Kusam & Rapuh, Ini Petua Semula Jadi Cantikkan Kuku

Selain kulit wajah, kuku juga perlu penjagaan rapi. Jangan nanti kulit saja cantik, tapi kuku buruk.

Jom semak petua semula jadi untuk membersih serta mencantikkan kuku. Tak perlu ke spa rawatan kuku dan bayar mahal, hanya amalkan di rumah!

1. Bawang putih

Foto: Pesona Pengantin

Kupas kulit bawang putih dan bersihkannya. Tumbuk sehingga lumat dan gosokkan bawang putih tadi ke atas kuku. Cuci dengan air sehingga bersih. Kuku akan lebih berkilat dan dalam masa yang sama bawang putih boleh menguatkan struktur kuku. Ia baik dalam mengatasi masalah kuku mudah rapuh.

2. Lemon

Foto: YouTube

Kandungan vitamin C yang tinggi dalam lemon mampu membuatkan kuku tampak lebih cantik dan berkilat. Hiris beberapa kepingan buah lemon. Sapukan hirisan lemon di atas kuku untuk beberapa minit. Bilas dengan air. Amalan ini boleh membantu dalam mengatasi kuku yang kekuningan.

3. Limau nipis

Foto: Live Strong

Potong limau nipis kepada dua bahagian. Gosokkan ke atas kuku serta biarkannya selama beberapa minit. Bilas dengan air. Praktikkan amalan ini untuk pastikan kuku sentiasa cantik dan sihat.

4. Belimbing buluh

Foto: WOM My

Gosok buah belimbing buluh terus ke atas permukaan kuku. Selepas itu, rendam kuku di dalam air suam yang telah dicampur garam untuk hasil yang lebih efektif. Biarkan ia kering dengan sendiri. Untuk kesan lebih baik, sapukan minyak zaitun. Amalkan petua ini untuk atasi masalah kuku kusam dan mudah kering.

5. Kulit tembikai

Foto: Juicing for Health

Percayalah yang kulit buah tembikai boleh memberikan efek kuku yang lebih berkilat dan bersih. Caranya adalah dengan menggosok kulit buah tembikai ke atas permukaan kuku. Biarkan ia mengering. Cuci dengan air sehingga bersih.

Selamat mencuba!

Sumber: EH!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 15 Oct 2018

Labur RM1 Juta Untuk Kecantikan Demi Peroleh Wajah Seperti Patung Barbie? Wow Dahsyat!

Obsesi Bella pada kecantikan, berputik sedari usia remaja!

Oh Lawa Mon, 4 Mar 2019
Oh Lawa Mon, 4 Nov 2019

Pameran jualan barangan Kumpulan Habib meriah dengan promosi!

Semua jenama Habib dijual di bawah satu bumbung.

Oh Lawa Mon, 19 Nov 2018

Inilah Tip Paling Berkesan Untuk Menanggalkan Makeup, Menurut Pakar Kecantikan Patrick Starr

Genius! Anda mesti tak pernah terfikir nak gunakan cara ini.

Acara Fri, 13 Sep 2019

Koleksi Musim Luruh-Sejuk 2019 Triumph mengujakan!

Lebih anggun dan bergaya dengan Triumph!

Oh Lawa Thu, 23 Aug 2018
Oh Lawa Thu, 18 Apr 2019
Oh Lawa Wed, 12 Sep 2018
Oh Lawa Mon, 25 Feb 2019
Oh Lawa Thu, 17 Jan 2019

Mencari busana muslimah menepati syariat Islam namun masih kelihatan bergaya, Nur Aishah ada jawapannya!

Nur Aishah mengutamakan ciri-ciri kesopanan wanita muslimah, menutup aurat dan keselesaan yang abadi dalam beribadah.