Trending By: SGMS Faida August 25, 2018 @ 6:22pm

Pasangan Ini Sering Lakukan Hubungan Seks Namun Belum Dikurniakan Anak, Pendedahan Si Isteri Pasti Buatkan Anda Terkejut!

Pelik tapi benar…kisah mengenai sepasang suami isteri yang sudah empat tahun berkahwin namun belum dikurniakan anak walaupun sering melakukan hubungan seks kini menjadi topik hangat di China.

Segalanya terjawab apabila pasangan muda ini di bandar Bijie ini bertemu pakar obstetrik, Dr Liu Hongmei.

Satu hal yang mengejutkan doktor pakar berkenaan apabila mendapati si isteri masih memiliki dara. 

Sebelum itu, si isteri ada mendedahkan pengalaman kesakitannya ‘luar biasa’ setiap kali mengadakan hubungan seks, tetapi sanggup menahannya dengan harapan untuk hamil.

Berdasarkan ceritanya, doktor percaya bahawa dia mungkin mempunyai sejenis penyakit ginekologi.

Namun, doktor mendapati pasangan muda itu dilaporkan melakukan kesilapan dengan melakukan seks anal selama empat tahun, mengakibatkan kegagalan untuk hamil.

Dr Hongmei dilaporkan menyerahkan buku panduan seks dan ‘garis panduan’ sebelum dibenar pulang ke rumah.

Nasihat itu nyata berfungsi, apabila wanita itu dikhabarkan hamil beberapa bulan kemudian.

Mereka dilaporkan memaklumkan kepada doktor itu yang kini telah bersara bahawa mereka akhirnya berjaya dengan menghantar 100 biji telur ayam dan seekor ayam hidup sebagai hadiah kepada hospital tempatnya bekerja dulu.

“Empat tahun berkahwin tapi suami atau isteri tidak tahu bagaimana untuk hamil. Pasangan yang kurang pengetahuan tentang pengetahuan umum sangat jarang berlaku.

“Tetapi sangat jarang sekali orang ramai kurang pengetahuan atau salah faham tentang hubungan seksual.” –MetroUK

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Trending Fri, 23 Mar 2018

Risau Datuk Takkan Hidup Lama, Wanita China Ini Berkahwin Dengan Datuk Sendiri?

Seorang warganegara China, Fu Xuewei, yang masih single bimbang jika datuknya yang sedang sakit tenat takkan sempat untuk menghadiri perkahwinannya pada suatu hari nanti.

Trending Wed, 4 Mar 2020

《XTRA中文》停止更新

亲爱的读者: 您好,感谢各位长期以来给予网站的大力支持。 随着公司战略的调整推进,从即日起《XTRA中文》将停止更新。 via GIPHY 祝愿各位安康吉祥。

Featured Mon, 30 Oct 2023

“Rasa Hormat Saya Dah Hilang Pada Abang” – Sharnaaz Ahmad Tempelak Azhar Sulaiman… Netizen Label ‘Palatao’ Isu Palestin

Jangan buat main tau isu ni! Moga saudara kita di Palestin dipermudahkan segala urusan😔😥

Trending Tue, 3 Jul 2018

Here’s the Full List of Malaysia’s New Cabinet

Here’s all their names, positions and faces.