Site icon TechNave BM

OnePlus Nord akan dilancar di Malaysia pada 18 Ogos

Telefon pintar kelas pertengahan daripada OnePlus yang bernama OnePlus Nord akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada Selasa, 18 Ogos jam 11:00 pagi. Sebelum ini, ia telah dilancarkan untuk pasaran antarabangsa pada 21 Julai dengan teknologi augmented reality (AR).

OnePlus Nord adalah antara telefon kelas pertengahan yang paling dinanti pada tahun ini, jadi peminat OnePlus di Malaysia boleh mendapat maklumat tentang peranti ini pada hari tersebut. Sepintas lalu, OnePlus Nord dilengkapi cipset Snapdragon 765G, skrin AMOLED 90Hz dan kamera quad Sony IMX586 48MP.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang OnePlus Nord dalam artikel pelancarannya. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version