utama

PKPB di Selangor, KL dilanjutkan [METROTV]

Oleh Wartawan HM

Kuala Lumpur: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor dilanjutkan sehingga 20 Disember kecuali di Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPB di Kuala Lumpur turut dilanjutkan sehingga 20 Disember ini.

"Bagi Putrajaya, PKPB ditamatkan pada 6 Disember (esok)," katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, PKPB di Perak turut ditamatkan esok kecuali daerah Kinta, Mukim Teja dan Mukim Changkat Jong.

Menurutnya, PKPB di Kelantan turut ditamatkan esok kecuali daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Machang dan Tanah Merah.


  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: December 5, 2020 @ 4:58pm
    d