rap

Siti Nurhaliza bakal timang anak lelaki

Oleh Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini hamil anak kedua mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka dilahirkan April tahun depan. 

Pengumuman itu dibuat Siti menerusi sesi siaran langsung dalam aplikasi beli-belah Shopee hari ini. 

Sebelum pengumuman istimewa itu dibuat, Siti dilihat membiarkan pengacara terus berteka-teki mengenai jantina anak keduanya walaupun sudah mengetahuinya lebih awal. 

Bagaimanapun, ketika Siti bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 61, meletupkan belon hitam, akhirnya pasangan romantis itu mengumumkan jantina cahaya mata keduanya itu. 

Khalid atau dikenali Datuk K berkata, nama anak keduanya akan bermula dengan Muhammad diikuti dengan huruf A yang akan diumumkan nanti. 

Terdahulu Harian Metro melaporkan Siti kini sedang hamil anak kedua dan kehamilannya sudah memasuki lebih empat bulan. 

Disiarkan pada: December 12, 2020 @ 3:09pm
d