Usul Belanjawan 2021 diluluskan

Iklan
Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Usul Belanjawan 2021 dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada 6 November lalu lulus dalam undian di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan keputusan itu, jam 3.28 sebentar tadi.

Iklan
Iklan

Terdahulu, RUU Perbekalan 2020 dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang kemudiannya disokong semua Ahli Parlimen kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Perbelanjaan 2021 terbesar dalam sejarah

BSH diganti kepada BPR dengan peruntukan RM6.5 bilion

Inti pati penggulungan terakhir Belanjawan 2021
- Agong perkenan kurnia Pingat Panglima Gagah Berani kepada mendiang Sarjan Baharuddin Ramli dan Sarjan Norihan Tari.

- 90,000 kes penagihan dadah dicatatkan tahun ini berbanding 140,000 kes tahun lalu.

Iklan

- Perolehan aset baharu PDRM bagi mengawal sempadan Malaysia-Thailand sedang dikaji.

- Program i-Sinar diperluas kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan.

Iklan

- i-Sinar KWSP kini dibuka kepada 8 juta ahli.

- Program i-Sinar kini dibuka untuk kesemua 8 juta pencarum KWSP yang terjejas, dengan jumlah pengeluaran maksimum meningkat kepada RM10,000.

- Kerajaan setuju perluas bantuan ‘one-off’ RM300 kepada semua petugas barisan hadapan termasuk polis dan tentera.

- RM50 juta dana tambahan bagi memerangi COVID-19 akan disalur kepada Sabah Disember ini.

- Program eBelia ditingkatkan kepada RM100 seorang dan diperluas kepada 1.1 juta mahasiswa.

- Kerajaan akan terus perhalusi bantuan mengikut keadaan #COVID-19 dan ekonomi semasa.

AKAN MENYUSUL