Kekerapan halaman tapak web anda dimuatkan dan dilihat oleh pelawat pada setiap bulan.
Kami menghargai kandungan anda
Menghasilkan kandungan yang menarik mungkin memakan masa, namun menjadikan kandungan tersebut menguntungkan tidak sepatutnya begitu
2 juta pengguna telah memilih AdSense, berikut ialah sebabnya
Peroleh wang daripada tapak anda
Berjuta-juta pengiklan bersaing untuk mendapatkan ruang iklan anda. Perkara ini membuka peluang kepada lebih banyak wang, lebih banyak iklan berkaitan dan lebih banyak ruang iklan untuk diisi.
Iklan yang dioptimumkan untuk mudah alih anda
Google boleh mengoptimumkan saiz unit iklan anda agar muat secara automatik pada desktop atau mudah alih, yang bermakna terdapat lebih peluang iklan tersebut akan dilihat dan diklik.
Jimatkan masa
Tambahkan satu coretan kod di tapak anda dan Google akan memaparkan iklan yang disesuaikan secara automatik dengan reka letak tapak anda, yang menjimatkan masa anda daripada membuat perubahan pada kod iklan.
Dorong hasil
Lihat hasil yang boleh anda peroleh daripada AdSense
Untuk melihat kemungkinan pendapatan anda, pilih kategori untuk tapak dan wilayah anda bagi pelawat tapak anda.
FAEDAH
Hanya iklan dengan bayaran tertinggi akan disiarkan
Tingkatkan hasil anda dengan memanfaatkan rangkaian pengiklan dalam talian yang terbesar yang membida untuk ruang iklan anda.
FAEDAH
Iklan yang tepat untuk khalayak anda
Iklan akan disaring untuk memastikan iklan tersebut berkualiti tinggi dan berkaitan dengan kandungan atau khalayak anda, walaupun dilihat pada telefon pintar dan tablet. Hasilnya? Anda boleh menjana lebih wang dalam talian.
FAEDAH
Kawalan di tangan anda
Sekat iklan yang anda tidak suka, sesuaikan tempat iklan dipaparkan dan pilih jenis iklan yang paling sesuai untuk tapak anda.
Anda hanya perlu meletakkan coretan kod AdSense di tapak web anda dan kod tersebut akan mula berfungsi dengan serta-mertaJack Herrick, Pengasas dan CEO WikiHow Lihat kisah kejayaan
Mulakan
Anda hanya perlukan 3 perkara untuk mula menggunakan AdSense
Akaun Google
Jika anda menggunakan Gmail atau mana-mana perkhidmatan Google yang lain, anda sudah pun mempunyai akaun Google. Jika tidak, anda cuma perlu klik untuk mendaftar dan kami akan membantu anda membuat akaun yang baharu. Akaun Google akan membolehkan anda menggunakan AdSense dan segala produk serta perkhidmatan Google yang lain.
Nombor telefon dan alamat pos
Nombor telefon dan alamat surat-menyurat anda yang dikaitkan dengan akaun bank anda untuk tujuan pembayaran.
Sambungkan tapak anda kepada AdSense
Tambahkan satu coretan kod di tapak anda dan Google akan melakukan selebihnya, yang membolehkan anda mengembangkan perniagaan anda.
Hubungi pakar AdSense untuk mendapatkan bantuan yang khusus bagi anda.
Hubungi pakar