Kelainan pada AdSense.

Pada tahun 2015, kami membayar hampir $10B kepada penerbit kami. Itulah kehebatan AdSense.

Iklan yang sesuai untuk anda

Lihat perbezaan yang dihasilkan oleh iklan yang berkualiti tinggi.

Iklan — termasuk teks, paparan, media kaya dan banyak lagi — disemak untuk memastikan kandungannya selamat untuk keluarga dan sesuai untuk khalayak anda.

Lihat semua jenis iklan

Ruang iklan anda menjadi rebutan

Pengiklan sentiasa membida untuk mendapatkan ruang iklan.

Berjuta-juta pengiklan bersaing untuk mendapatkan ruang iklan. Ini membuka peluang kepada lebih banyak wang, lebih banyak iklan berkaitan dan lebih banyak ruang iklan untuk diisi.

Anda mengawal penampilan iklan

Anda tentukan iklan yang akan disiarkan.

Sekat iklan yang anda tidak mahu, pilih tempat untuk iklan disiarkan dan ubah rupa dan penampilan iklan teks agar sepadan dengan laman web anda. Bahkan, anda boleh mengawal kategori iklan yang anda benarkan. Ini laman web anda. Maka perlu mengikut peraturan anda.

Mesra mudah alih

Berhubung dengan khalayak anda di mana-mana sahaja mereka berada.

AdSense dilengkapi dengan ciri mudah alih. Unit iklan responsif disesuaikan dengan saiz skrin yang berbeza secara automatik supaya anda dapat menghasilkan pengalaman pengguna yang hebat dan terus memperoleh hasil apabila pengguna melihat laman web anda pada telefon pintar atau tablet.

Cerapan tersesuai

Lihat cara yang berkesan dan perbetulkan yang tidak berkesan.

Dapatkan maklumat lengkap menerusi Laporan Prestasi.

Metrik prestasi membantu anda melihat perkara yang dapat meningkatkan keuntungan jika diubah suai. Anda juga boleh mendapatkan statistik anda di mana-mana sahaja dengan menggunakan aplikasi mudah alih AdSense.

Buat perbandingan dan penemuan menerusi AdSense Eksperimen.

Buat, jalankan dan analisis eksperimen A/B dengan cepat tanpa mengubah kod anda. AdSense Eksperimen membolehkan anda membandingkan satu daripada tetapan iklan anda dengan variasi untuk melihat tetapan yang berprestasi lebih baik.

Terokai pelbagai ciri AdSense

Temui lebih banyak ciri dengan menggunakan akaun AdSense anda.

Bar Alat Google Publisher

Lihat maklumat terkini tentang akaun AdSense anda semasa menyemak imbas menggunakan Chrome. Dapatkan gambar pendapatan dan prestasi laman web anda terus dari bar alat serta tindanan iklan yang menawarkan pelaporan dalam halaman dan kawalan sekatan.

Pasang bar alat ini