Terma dan syarat digunakan untuk kredit promosi pengiklanan dalam talian:

  • Anda mungkin layak untuk kredit promosi jika anda (a) pengiklan baharu Google Ads dan tera iklan pertama anda disiarkan daripada akaun Google Ads pertama anda tidak lebih daripada 14 hari sebelum anda memasukkan kod promosi anda; atau (b) merupakan pelanggan Google Ads sedia ada dan anda mendayakan ciri atau produk baharu dalam Google Ads atau mengaktifkan semula akaun yang tidak aktif, sebagaimana yang dinyatakan oleh Google dalam baucar. Syarat kelayakan yang berkenaan ada dinyatakan dalam tawaran yang anda terima daripada Google.
  • Pengiklan akan dicaj untuk semua pengiklanan yang melebihi jumlah kredit promosi. Pengiklan boleh menghentikan siaran iklan mereka pada bila-bila masa sebelum jumlah kredit promosi mereka habis bagi mengelakkan caj tambahan pengiklanan. Pengiklan tidak akan diberitahu setelah kredit promosi habis.
  • Setelah perbelanjaan dan/atau tindakan yang diperlukan berjaya dilengkapkan, dengan syarat semua semakan kelayakan dipenuhi, kredit lazimnya akan digunakan dalam masa 35 hari pada Ringkasan Pengebilan dalam akaun Google Ads anda.
  • Kredit tersebut tamat tempoh 60 hari selepas digunakan pada akaun anda, melainkan dinyatakan sebaliknya dalam terma dan syarat tambahan untuk promosi yang berkaitan. Anda boleh menyemak baki kredit promosi anda dan sebarang tarikh tamat tempoh yang berkenaan dengan menyemak tab Promosi dalam halaman Pengebilan pada akaun Google Ads anda pada bila-bila masa.
  • Tawaran tertakluk pada kelulusan iklan, pendaftaran yang sah dan penerimaan terma dan syarat standard Program Google Ads.
  • Kredit promosi tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh dijual atau dibarter.
  • Tawaran mungkin dibatalkan pada bila-bila masa atas sebarang sebab oleh Google Asia Pacific Pte. Ltd.
  • Pengiklan bertanggungjawab dan tidak boleh menggunakan kredit promosi untuk pembayaran sebarang cukai atau yuran lain yang ditanggung. Pembayaran sebarang cukai atau yuran lain oleh Pengiklan tidak akan dikira dalam memperoleh sebarang kredit promosi.
  • Satu kredit promosi untuk setiap pelanggan.
  • Anda mungkin perlu mengakru jumlah minimum bagi perbelanjaan pengiklanan dan berjaya dibilkan sebelum boleh menerima kredit promosi.
  • Penggunaan tawaran mungkin dihadkan kepada pilihan pengebilan pembayaran automatik.
  • Jika anda membuat akaun Google Ads anda dalam mata wang yang berlainan daripada mata wang kredit promosi yang diberikan kepada anda, jumlah sebenar keperluan perbelanjaan serta kredit promosi mungkin tertakluk pada turun naik mata wang asing.
  • Tawaran sah hanya untuk pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia.
  • Tawaran tamat tempoh 3 bulan selepas media yang mengandungi baucar anda pertama kali dikeluarkan atau pada tarikh tamat tempoh yang dinyatakan pada baucar tersebut (jika ada).
  • Penggunaan baucar dan/atau kredit promosi ini menunjukkan penerimaan anda terhadap terma dan syarat ini. Tawaran tidak sah jika dilarang oleh undang-undang.
  • Kami memohon maaf kerana menyebabkan anda perlu meneliti terma dan syarat ini dalam laras bahasa undang-undang!