Ringkas namun berkuasa.

Sama ada anda baru menggunakan pengiklanan carian atau pakar yang berpengalaman, Google Ad Grants memudahkan pelancaran kempen yang berkesan, dengan penyelesaian pengiklanan yang direka untuk organisasi bukan untung tanpa mengira bentuk dan saiz.

Penyelesaian

Gunakan pilihan yang tepat untuk anda.

Adakah anda mempunyai masa yang terhad untuk mengurus akaun Ad Grants anda?

Benarkan AdWords Express menjimatkan masa anda dengan mengurus secara automatik tempat dan masa iklan anda disiarkan. Pilih khalayak anda, tulis tiga baris teks tentang organisasi bukan untung anda, tetapkan belanjawan harian anda dan biar AdWords Express melaksanakan tugas yang lain.

Adakah anda ingin mengurus sendiri setiap aspek akaun Ad Grants anda?

Pilih AdWords dan dapatkan akses kepada alat yang berkuasa untuk membuat, menyasarkan dan mengoptimumkan kempen anda. Jika anda memilih untuk mengurus sendiri kempen anda, pilihan ini mungkin yang paling sesuai untuk anda.

Tingkatkan kepada Grantspro

Pasukan Ad Grants tidak lagi menerima permohonan Grantspro. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program Grantspro, lawati Pusat Bantuan Ad Grants.

Garis Panduan

Beberapa perkara yang perlu diingat.

Sambil anda memikirkan tentang cara yang terbaik untuk menggunakan Google Ad Grants, berikut ialah beberapa garis panduan yang perlu diingat:

  • Iklan anda akan berdasarkan teks sepenuhnya (tiada video atau imej).
  • Iklan ini hanya akan dipaparkan di halaman hasil carian Google, di kedudukan di bawah iklan pengiklan pembayar.
  • Semua kempen mestilah menyasarkan kata kunci.
  • Kos setiap klik (CPC) maksimum anda ialah $2.00 USD.
  • Anda akan menerima $10,000 USD (hingga $ 40,000 USD untuk peserta Grantspro) dalam bentuk pengiklanan AdWords setiap bulan.