WITNESS

Foto daripada WITNESS, organisasi Google untuk Organisasi Bukan Untung.

WITNESS

Misi

Di seluruh dunia, projek pembangunan besar menyebabkan kemusnahan masyarakat, gangguan kehidupan dan kemiskinan yang berleluasa. Keganasan berdasarkan jantina dalam situasi konflik bersenjata menyebabkan penderitaan di tempat-tempat yang pelbagai seperti Macedonia, Mexico, Yaman dan Zimbabwe. Di Republik Demokratik Congo, kanak-kanak membentuk sebahagian besar pejuang dalam perang yang telah meragut lebih lima juta nyawa. Ini hanya beberapa contoh isu yang diketengahkan oleh WITNESS dalam kerjasama dengan rakan-rakan kongsinya.

Pada tahun 1992, ahli muzik dan penyokong hak asasi manusia Peter Gabriel, Human Rights First dan Reebok Human Rights Foundation telah bersama menubuhkan WITNESS, sebuah organisasi yang menggunakan video dan cerita untuk membuka mata dunia kepada perkara ini dan pelanggaran hak asasi manusia yang lain, telah mendorong penglibatan awam dan perubahan dasar.

Apa yang ingin mereka lakukan

WITNESS beroperasi pada titik yang menghubungkan hak asasi manusia dan teknologi. Organisasi ini membantu berjuta-juta rakyat biasa di seluruh dunia bercakap benar kepada mereka yang berkuasa melalui alatan seperti kamera video dan Internet. Secara dalaman, WITNESS juga bergantung pada teknologi. "Kita perlu meningkatkan keterlihatan dan kesan global kempen, serta beroperasi dengan cekap untuk memaksimumkan impak dan nilai setiap derma", kata Marianna Moneymaker, pegawai jangkauan dalam talian dan produksi di WITNESS.

Sejak ditubuhkan 20 tahun yang lalu, WITNESS telah bekerjasama dengan lebih 300 kumpulan hak asasi manusia di lebih 80 buah negara, melatih lebih 3,000 pembela hak asasi manusia, membangunkan bahan latihan yang digunakan secara meluas dan alatan untuk penghasilan video dan keselamatan, mencipta wadah dalam talian khusus yang pertama untuk media hak asasi manusia (HUB) dan menyertakan video dalam lebih 100 kempen.

Bagaimana mereka melakukannya?

Di WITNESS, alatan yang disediakan secara percuma melalui Google untuk Organisasi Bukan Untung membolehkan kakitangan seramai 30 orang bekerja dengan sangat hebat. Selama bertahun-tahun, WITNESS telah menggunakan Google Apps untuk mengekalkan tahap produktiviti yang luar biasa. Sesetengah kakitangan lebih banyak menghabiskan masa di luar berbanding di dalam pejabat dan mereka bergantung pada Google Gmail dan Kalendar Google untuk memastikan mereka mengikuti perkembangan semasa dan terurus. Dokumen Google membolehkan kerjasama dalam apa-apa sahaja, daripada catatan blog hinggalah kepada senarai media. Borang dalam Dokumen Google membantu mengumpulkan kandungan untuk projek yang akan datang atau mengukur reaksi penyokong.

Antara daya usaha kesedaran yang lain, WITNESS telah membuat saluran YouTube berjenama dengan berjuta-juta tontonan dan beribu-ribu pelanggan. Mereka membuat saluran meluas baharu di YouTube khusus untuk Hak Asasi Manusia, bersama rakan kongsinya Storyful.

Mereka juga menarik perhatian orang ramai kepada kempen melalui pemasaran enjin carian menggunakan Google AdWords. Selain itu, mereka memperoleh perangkaan penderma dan menjejaki keberkesanan tapak web menggunakan Analitis Google. Orang ramai boleh menunjukkan usaha amal seperti keadilan untuk warga tua di www.elderjustice.org secara visual menggunakan Peta Google. Google+ dan Hangouts membantu melibatkan khalayak dengan topik yang tertentu. Satu siri Hangouts dirancang untuk meraikan ulang tahun ke-20 organisasi ini.

Google untuk Organisasi Bukan Untung telah membantu kami mengedarkan kandungan yang menarik sambil turut memperkemas operasi perniagaan harian kami, kesemua ini secara percuma. Matisse Bustos Hawkes, Pengurus Komunikasi, WITNESS

Adakah program ini berkesan?

Bagi WITNESS, faedah Google untuk Organisasi Bukan Untung adalah jelas. Kata Matisse Bustos Hawkes, pengurus komunikasi di WITNESS, menjalankan organisasi bukan untung bukan sesuatu yang mudah dalam iklim dunia dan ekonomi hari ini yang tidak menentu, terutamanya bagi organisasi yang mempunyai mesej yang tidak selalunya enak untuk didengar. “Google untuk Organisasi Bukan Untung telah membantu kami mengedarkan kandungan yang menarik sambil turut memperkemas operasi perniagaan harian kami, kesemua ini secara percuma”, kata Bustos Hawkes. "Sumbangan sedemikian tidak boleh dipandang ringan".

Foto WITNESS di tapak web ini disediakan oleh WITNESS.

Ketahui tentang organisasi bukan untung yang memberi inspirasi ini & cara organisasi ini menggunakan teknologi untuk menyokong misi mereka