Direct Relief International

Misi

Mangsa rusuhan awam, kemiskinan dan bencana. Siapa yang mereka boleh harapkan untuk mendapatkan bekalan menyelamatkan nyawa dan bantuan perubatan, sama ada mereka terlibat dalam bencana alam seperti ribut taufan Katrina, gempa bumi dan tsunami di Jepun, kebakaran di California Selatan atau di kawasan miskin yang tidak mempunyai akses seperti Afrika dan Haiti? Satu daripada 20 organisasi bukan untung yang paling cekap di Amerika Syarikat, Direct Relief International, sentiasa bersedia untuk membantu. Ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua untuk membantu orang ramai di Eropah yang hidup dalam kesusahan selepas dilanda perang, hari ini Direct Relief menghantar barangan farmaseutikal, bekalan, makanan tambahan dan peralatan perubatan kepada kemudahan penjagaan kesihatan tempatan di 72 buah negara dan merupakan satu-satunya organisasi bukan untung yang mempunyai lesen menghantar barangan farmaseutikal ke semua 50 negeri di Amerika Syarikat.

Apa yang ingin mereka lakukan

Selama lapan tahun berturut-turut, majalah Forbes telah menamakan Direct Relief sebagai satu daripada dua organisasi bukan untung di Amerika Syarikat yang 100% cekap dalam pengumpulan dana. Dibiayai sepenuhnya oleh sumber swasta, Direct Relief bekerja keras untuk mencapai tahap kecekapan ini, tetapi organisasi ini turut berdepan dengan cabaran biasa yang dihadapi oleh semua organisasi bukan untung. Bagaimana mereka boleh dihubungi? Bagaimana mereka mampu meningkatkan kutipan derma melalui sumber yang terhad? Bagaimana organisasi ini boleh berjaya sedangkan agensi lain mampu membelanjakan berjuta-juta dolar untuk tujuan pemasaran?

Bagaimana mereka melakukannya?

Di Direct Relief, Google untuk Organisasi Bukan Untung menjawab soalan-soalan ini dan banyak lagi melalui rangkaian lengkap alatan Google. Organisasi ini memanfaatkan pemasaran enjin carian menggunakan Google AdWords; memperoleh pemahaman tentang penderma dan menjejaki cara mereka berinteraksi dengan tapak web menggunakan Analitis Google dan meningkatkan kepercayaan melalui keselamatan dan kemudahan Google Checkout. Orang ramai boleh nampak usaha global Direct Relief di tapak webnya secara visual menggunakan Peta Google. Kesan emosi dan pendidikan video pada saluran YouTube berjenama organisasi ini menjadikan mesejnya lebih menyentuh hati dan meluaskan kesedaran jenamanya.

FotoDirect Relief International di tapak web ini disediakan oleh Direct Relief International.

Dengan memanfaatkan sinergi yang diberikan oleh alatan Google, Direct Relief dapat berhubung dengan lebih ramai orang berbanding sebelum ini. Cara ini mendatangkan hasil yang lebih baik untuk mereka yang dalam kesusahan di seluruh dunia.

Alex Beauchamp, Pengarah Pemasaran Dalam Talian dan Komunikasi, Direct Relief International

Adakah program ini berkesan?

Dalam tiga tahun pertama menjadi penerima geran Google pada tahun 2003, Direct Relief memperoleh peningkatan 6,000% dalam jumlah pelawat tapak webnya. Tetapi Google nampak potensi yang lebih besar dan bekerja bersama Direct Relief untuk mengoptimumkan lagi prestasi dalam taliannya.

Pelan pemasaran yang dipinda terdiri daripada lapan kategori kempen dalam carian berbayar dan pemasaran semula dan kira-kira 150 iklan teks yang dibuat baharu yang dilancarkan pada minggu pertama bulan Disember. Menjelang 1 Januari-penutup kemuncak musim menderma akhir tahun-keputusan menunjukkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 44% dalam jumlah derma dalam talian dan peningkatan sebanyak 40% dalam jumlah dolar yang didermakan secara dalam talian.

Keseluruhan trafik tapak meningkat sebanyak 84%. Iklan pemasaran semula menghasilkan kenaikan 2% dalam penukaran. Istilah carian berbayar jenama (termasuk beberapa variasi "Direct Relief International") menghasilkan kadar perbualan sebanyak 26%.

Selanjutnya, Direct Relief merancang untuk meningkatkan penggunaan Google+ bagi memberi ruang media sosial baharu dengan khalayak yang lebih luas untuk menyebarkan berita dan maklumat dengan privasi dan jangkauan yang lebih baik, kesemua ini dalam konteks yang lebih profesional.

Ketahui tentang organisasi bukan untung yang hebat ini