Sertai program ini

Maju ke hadapan, lebih cepat. Ahli akan mendapat akses kepada produk premium dan sokongan Google, termasuk:

  • Google Ad Grants: Pengiklanan AdWords percuma untuk mempromosikan tapak web anda di Google melalui penyasaran kata kunci.
  • Program Bukan Untung YouTube: Akses sumber, ciri dan program eksklusif yang direka bentuk untuk memaksimumkan impak organisasi anda di YouTube.
  • Google Apps untuk Organisasi Bukan Untung: Versi percuma set produktiviti perniagaan Google Apps yang termasuk Gmail, Dokumen, Kalendar dan banyak lagi.

Berikut ialah cara memohon kepada Google untuk Organisasi Bukan Untung:

kelayakan
1

Semak keperluan kelayakan

mohon
2

Mohon program ini

daftar
3

Setelah diluluskan, daftar dalam produk Google yang tertentu

ketahui
4

Bermula dengan tutorial produk

Adakah anda layak menyertai Google untuk Organisasi Bukan Untung?

Pastikan organisasi anda memenuhi keperluan berikut:

  1. Google sedang bekerjasama dengan TechSoup untuk memberikan akses kepada produk dan perkhidmatan Google. Untuk layak menyertai program Google untuk Organisasi Bukan Untung, organisasi mestilah:
    • Buat akaun yang sah dengan rakan kongsi setempat TechSoup. (Bukan ahli TechSoup? Daftar di sini).
    • Jadilah badan amal atau badan bukan untung yang berdaftar serta diiktiraf seperti yang diterangkan di sini.
    • Perakui dan bersetuju menerima pensijilan yang diperlukan untuk permohonan berhubung dasar tanpa diskriminasi dan resit penggunaan derma.
  2. Sila ambil perhatian bahawa organisasi berikut tidak layak menyertai Google untuk Organisasi Bukan Untung:
    • Entiti dan organisasi kerajaan;
    • Hospital dan organisasi penjagaan kesihatan;
    • Sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak, institusi akademik dan universiti (cabang dermawan organisasi pendidikan adalah layak). Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Google untuk institusi pendidikan, lawati Google in Education.
  3. Google berhak untuk meluluskan atau menolak permohonan atau penyertaan organisasi pada bila-bila masa, atas sebarang sebab dan untuk menambahkan atau meminda garis panduan kelayakan ini pada bila-bila masa. Pemilihan dibuat mengikut budi bicara Google semata-mata dan tidak tertakluk kepada semakan luar.

Butiran Kelayakan Penting:

Pada masa ini, Google untuk Organisasi Bukan Untung dibuka hanya kepada organisasi di negara yang disenaraikan di sini.

Organisasi yang berpangkalan di negara lain boleh melihat program khusus negara untuk organisasi bukan untung Google.