"menggabungkan maklumat peribadi dari satu perkhidmatan dengan maklumat dari perkhidmatan Google yang lain, termasuk maklumat peribadi"

Contoh

Contohnya, apabila anda log masuk ke Akaun Google anda dan mencari di Google, anda boleh melihat hasil carian dari web awam, bersama-sama dengan halaman, foto dan siaran Google+ daripada rakan anda, dan orang yang mengenali anda atau mengikuti anda di Google + boleh melihat siaran dan profil anda dalam hasil carian mereka. Anda turut boleh mendapatkan maklumat yang berkaitan daripada kandungan dalam produk Google lain yang anda gunakan, seperti Gmail atau Kalendar Google.

Jika anda merancang perjalanan ke Itali dan anda mencari "florence" di Google, anda boleh melihat foto atau artikel daripada rakan anda mengenai Florence dalam hasil carian anda. Hasil carian ini memudahkan anda meneroka cadangan mereka dan memulakan perbualan mengenai tempat untuk dilawati. Ketahui lebih lanjut.

Google Now menggunakan data yang mungkin telah disimpan dalam produk Google yang lain. Contohnya, jika anda menyimpan carian dalam Sejarah Web anda, Google Now boleh menunjukkan kad maklumat berdasarkan skor sukan, status penerbangan dan sebagainya, berdasarkan carian yang lalu. Lawati google.com/history/ untuk mengurus Sejarah Web anda. Anda boleh memadamkan atau menjeda Sejarah Web anda dan tetap menggunakan Google Now, tetapi jenis maklumat tertentu tidak akan dipaparkan. Ketahui lebih lanjut.

Jika anda mempunyai masukan Kalendar Google untuk janji temu perniagaan, Google Now boleh menyemak trafik dan mencadangkan masa untuk bertolak supaya anda tiba di tempat janji temu tepat pada masanya.