"proses perundangan atau arahan kerajaan yang boleh dikuatkuasakan"

Contoh

Seperti syarikat teknologi dan komunikasi lain, Google sering menerima arahan daripada kerajaan dan mahkamah dari seluruh dunia untuk menyerahkan data pengguna. Kami menghormati privasi dan keselamatan data yang anda simpan dengan Google. Justeru, inilah yang menjadi asas kepada pendekatan kami dalam mematuhi kehendak undang-undang ini. Pasukan perundangan kami menyemak setiap arahan tanpa mengira jenis dan kami sering membantah apabila arahan kelihatan terlalu am atau tidak mematuhi proses yang betul. Ketahui lebih lanjut dalam Laporan Ketelusan.