"boleh mengumpul dan memproses maklumat mengenai lokasi sebenar anda"

Contoh

Contohnya, Peta Google boleh memusatkan paparan peta pada lokasi semasa anda. Ketahui lebih lanjut. Jika anda menggunakan Peta Google untuk Mudah Alih, kami menggunakan isyarat GPS, WiFi dan isyarat menara sel untuk menentukan lokasi anda. Ketahui lebih lanjut.

Apabila anda berada berdekatan perhentian bas atau stesen kereta api, Google Now boleh memberitahu anda bas atau kereta api yang akan tiba seterusnya.

Sejarah Lokasi turut membenarkan Google menyimpan sejarah data lokasi anda dari semua peranti yang digunakan untuk melog masuk ke Akaun Google anda dan telah mendayakan Pelaporan Lokasi. Data Sejarah Lokasi dan Pelaporan Lokasi boleh digunakan oleh mana-mana apl atau perkhidmatan Google. Contohnya, Peta Google boleh menggunakannya untuk meningkatkan hasil carian anda berdasarkan tempat yang telah dilawati. Ketahui lebih lanjut.