Rangka Kerja Swakawalaturan

Yang terakhir diubah suai: 17 April 2017

Seperti yang dihuraikan dalam perakuan Privacy Shield, kami mematuhi EU-US dan Swiss-US Privacy Shield Frameworks seperti yang dikemukakan oleh Jabatan Perdagangan AS berhubung pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan maklumat peribadi dari negara ahli Kesatuan Eropah dan Switzerland masing-masing. Google, termasuk Google LLC dan subsidiari AS milik penuhnya, telah mengakui bahawa mereka mematuhi Prinsip Privacy Shield ini. Google kekal bertanggungjawab terhadap sebarang maklumat peribadi anda yang dikongsi di bawah Prinsip Pemindahan kepada Pihak Lain dengan pihak ketiga untuk pemprosesan luaran bagi pihak kami, seperti yang dihuraikan dalam bahagian “Maklumat yang kami kongsi”. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program Privacy Shield dan untuk melihat perakuan Google, sila lawati tapak web Privacy Shield.

Jika anda mempunyai pertanyaan tentang amalan privasi kami berhubung perakuan Perlindungan Privasi, sila hubungi kami. Google termaktub di bawah kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat (FTC). Anda juga boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data tempatan anda dan kami akan bekerjasama dengan mereka untuk menyelesaikan kebimbangan anda. Dalam keadaan tertentu, Rangka Kerja Perlindungan ini memberikan hak untuk menggunakan timbang tara mengikat bagi menyelesaikan aduan yang gagal diselesaikan dengan cara lain, seperti yang dihuraikan dalam Lampiran I kepada Prinsip Perlindungan Privasi.

Google turut mematuhi piawaian industri untuk ketelusan dan pilihan dalam iklan dalam talian.