Cara Google menggunakan kuki

Kuki merupakan bahagian kecil teks yang dihantar ke penyemak imbas anda oleh laman web yang anda lawati. Kuki membantu tapak web untuk mengingati maklumat mengenai lawatan anda seperti bahasa pilihan anda dan tetapan lain. Hal itu boleh menjadikan lawatan anda yang seterusnya lebih mudah dan tapak tersebut lebih berguna kepada anda. Kuki memainkan peranan yang penting. Tanpanya, penggunaan web akan menjadi pengalaman yang lebih mengecewakan.

Kami menggunakan kuki untuk pelbagai tujuan. Sebagai contoh, kami menggunakan kuki untuk mengingati pilihan carian selamat anda, menjadikan iklan yang anda lihat lebih berkaitan dengan anda, mengira jumlah pelawat yang melawati halaman kami, membantu anda mendaftar dengan perkhidmatan kami, melindungi data anda atau mengingati tetapan iklan anda.

Anda boleh melihat senarai jenis kuki yang digunakan oleh Google dan turut mengetahui cara Google dan rakan kongsi kami menggunakan kuki dalam pengiklanan. Dasar privasi kami menerangkan cara kami melindungi privasi anda dalam penggunaan kuki oleh kami dan maklumat lain.