Cara Google Wallet menggunakan nombor kad kredit

Google menggunakan nombor kad kredit dan kad debit yang anda masukkan ke dalam akaun Google Wallet anda untuk memproses bayaran bagi pembelian dalam talian atau luar talian yang anda buat menggunakan Google Wallet, termasuk urus niaga Google Play dan bagi tujuan pemantauan penipuan. Notis Privasi Google Wallet memberikan maklumat terperinci mengenai cara kami menggunakan maklumat akaun Google Wallet, termasuk maklumat yang kami kumpul dan cara kami mengongsinya. Kami hanya berkongsi maklumat peribadi dengan pihak ketiga dalam keadaan yang dihuraikan dalam Notis Privasi Wallet. Nombor kad kredit dan kad debit yang anda masukkan ke dalam akaun Google Wallet anda disulitkan dan disimpan pada pelayan selamat di lokasi yang selamat.