<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8945932697099510258\x26blogName\x3dAlam+Kita+Dunia+Kita\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://alamkitaduniakita.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://alamkitaduniakita.blogspot.com/\x26vt\x3d3361298476508328390', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Cintai
Alam Sekitar;
Alam Kita
Biodata
Penghargaan
+ follow
Pencemaran Air
Wednesday 24 April 201304:12



Air adalah komponen penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global. Air sumber penting untuk minuman, sistem kebersihan, pertanian, industri, pembangunan bandar, kuasa hidro, perikanan, pengangkutan, pengurusan tanah rata atau rendah dan kegiatan lain. Pengurusan air secara tidak cekap boleh menyebabkan wujudnya krisis air.Semua orang mahukan air yang bersih untuk diminum, untuk rekreasi dan untuk bergembira dengan sekadar melihatnya. Sekiranya, air dicemari, ianya akan kehilangan nilai ekonomi dan estetika kepada kita, dan akan menjadi ancaman kepada kesihatan kita dan kehidupan ikan yang hidup di dalamnya serta hidupan liar yang bergantung hidup kepadanya.

Ada dua jenis pencemaran air yang biasa kita dengar; sumber terus atau sumber yang tidak terus. Pencemaran dari sumber terus bermaksud apabila bahan yang bahaya dipancarkan kepada sumber air, contohnya limpahan minyak ke dalam laut. Contoh lain pencemaran sumber terus ialah sisa buangan dari kilang, pengaliran bahan cairan dari kilang, kilang rawatan bahan buangan dan banyak lagi yang terdedah kepada mencemarkan sumber air utama.


Pencemaran dari sumber yang tidak terus pula menyumbangkan pencemaran dari perubahan alam sekitar. Sebagai contoh ialah racun serangga di ladang yang kemudian mengalir ke tempat lain menerusi hujan yang kemudian memberi kesan kepada kehidupan akuatik. Contoh lain pula ialah pencemaran yang memasuki bekalan air menerusi tanah atau bumi dan daripada atmosfera air hujan. Tanah dan air dari bumi mengandungi sisa keladak daripada kerja pertanian manusia .
Pengaliran keluar kumbahan air menerusi sektor perindustrian sama ada berskala besar, sederhana atau kecil adalah antara punca serta penyumbang kepada pencemaran alam sekitar jika tiada perancangan, langkah pencegahan dan rawatan secara efektif. Kumbahan air mengandungi bahan keluli, bakteria, organik dan bahan bukan organik boleh merosakkan alam sekitar serta akan meningkatkan ancaman kepada alam sekitar dan sekali gus mencemarkan air.Pencemaran air kumbahan sudah menjadi krisis utama dunia. Bekalan air berkualiti yang tidak menentu untuk bahan minuman, pertanian, perladangan, industri dan lain-lain sejak bertahun-tahun lalu turut menimbulkan masalah. Dengan bekalan air yang tidak mencukupi, cara rawatan dan kitar semula adalah perkara utama yang harus dicapai untuk mengekalkan sumber bekalan air yang amat terhad. Secara geografi, pencemaran air lebihan di Malaysia secara amnya tidak kritikal dan hanya memberikan kesan minimum kepada alam sekitar, masyarakat dan pertanian.