The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by linda_rayyan, 2021-07-28 09:16:34

folio pencemaran udara

folio pencemaran udara

TEMA :
PENEROKAAN DAN UNSUR ALAM

BIDANG PEMBELAJARAN :
PENCEMARAN UDARA

NAMA : MUHAMMAD ARIQ RAYYAN BIN
MOHAMAD ZAMRI

KELAS : 1 WIBAWA
NAMA GURU : PUAN NORLIZA ABD GHANI

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA
SURAT
1 Penghargaan
2 Laporan proses kerja 1
3 - Pengenalan 1
3
- Pernyataan masalah 3
- Objektif kajian 3
- Kaedah pelaksanaan projek 4
- Alat/bahan digunakan 7
10
4 Hasil projek 10
5 Perbincangan 11
6 - Masalah/rintangan pelaksanaan projek 11

- Cadangan penambahbaikan
7 - Rujukan

- Lampiran

PENGHARGAAN

Assalamualaikum

Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan kurnianyaNya saya dapat untuk
menyiapkan folio ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan untuk guru sains saya kerana
memberikan bimbingan, dan dan tunjuk ajar kepada saya.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan
sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang projek ini disiapkan. Tanpa sokongan
mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan projek ini dengan baik kerana penghasilan
projek ini memerlukan motivasi, usaha dan sokongan.

Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak
membantu dengan memberikan tunjuk ajar kepada saya.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara
langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan.

Sekian, terima kasih.

LAPORAN PROSES KERJA

Tarikh Aktiviti

16/7/2021 Menerima taklimat daripada guru
17//2021 Memilih tajuk
19/7/2021 Mencari bahan
23/7/2021 Soal selidik (Google Form)
25/7/2021 Membuat folio
26/7/2021 Membuat slaid power point (e-slaid)
28/7/2021 Menghantar tugasan projek

1

PENGENALAN

Isu pencemaran udara dan implikasinya terhadap kesihatan manusia
merupakan antara isu yang hebat diperkatakan di negara kita sejak dahulu lagi.
Semakin meningkatnya proses pembangunan dan perindustrian berlaku, maka
semakin bertambah pelepasan bahan pencemar di ruang atmosfera negara kita.
Pencemaran udara hasil dari sumber kenderaan bermotor, kegiatan industri dan
aktiviti pembinaan boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan yang
serius hampir di semua bandar-bandar besar di seluruh dunia.

Masalah pencemaran udara di Malaysia juga berada di tahap yang agak
serius kerana dijangkakan, akan berlaku peningkatan sebanyak 150% bagi
pencemar sulfur dioksida (S02) dan 2 bahan zarah dan 200% bagi pencemar
nitrogen oksida (NOx), karbon monoksida (CO) dan hidrokarbon. Masalah ini begitu
ketara berlaku di kawasan bandar sekitar Lembah Kelang, terutamanya bandaraya
Kuala Lumpur. Masalah pencemaran udara di Lembah Kelang mula mendapat
perhatian yang serius di negara ini setelah berlakunya kejadian jerebu teruk pada
tahun 1991 yang berpunca dari kebakaran hutan di Sumatera. Pada bulan
September 1994 negara Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan masalah jerebu dan
keadaanya kali ini adalah lebih buruk. Punca utama masalah adalah dari sumber
luaran iaitu kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera. Keadaan ini telah
diburukkan lagi oleh cuaca yang kering, keadaan angin yang stabil dan sumber
pencemaran udara setempat iaitu dari industri, dan pembakaran secara terbuka.

PERNYATAAN MASALAH

Pencemaran udara merupakan bendasing yang berada di ruang udara dan boleh
mengubah keadaan kualiti udara di persekitaran. Pencemar udara boleh memberikan
kesan yang signifikan kepada kesihatan manusia dan persekitarannya. partikel-partikel

2

halus dan sulfur dioksida. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada
permasalahan ini.

Projek dijalankan untuk mengetahui tahap pencemaran udara dan kesan buruk terhadap
benda hidup dan alam sekktar. Kajian ini termasuklah

i. Apakah pencemaran udara
ii. Kesan buruk pencemaran udara terhadap benda hidup, alam sekitar dan

ekonomi negara
iii. Cara atau langkah-langkah untuk mencegah atau mengawal pencemaran udara
iv. Menghasilkan dokementari/slaid power point/E-book berkaitan pencemaran

udara

OBJEKTIF KAJIAN

Projek ini dijalankan untuk mengetahui bagaimanakah pencemaran udara berlaku, kesan buruk
pencemaran dan cara mengatasi atau mengawal pencemaran.

KAEDAH PELAKSANAAN KAJIAN

Satu soal selidik yang dijalankan melalui penggunaan Google Form. Responden dipilih
secara rawak di antara ibu bapa pelbagai latar belakang dan juga pelajar. Hasil soal
selidik ini akan digunakan untuk analisa tahap pengetahuan responden mengenai
pencemaran udara.

ALAT/BAHAN DIGUNAKAN
Google Form
https://forms.gle/53WhuQfCFQAttsYR8

3

HASIL PROJEK (dapatan dari soal selidik)

4

5

5. NYATAKAN CADANGAN ANDA BAGI MENGATASI KESAN NEGATIF /

KEBURUKAN PENCEMARAN UDARA DI KAWASAN TEMPAT TINGGAL

ANDA52 responses

meletakkan papan tanda dilarang merokok di banyak tempat di kawasan taman
Pihak Kerajaan dan NGO bsrkaitan mengadakan kempen berkenaan cintai alam sekitar
berdoa kepada allah
Pemantauan daripada pihak berkuasa
menjalankan penguatkuasaan secara berkala oleh pihak berkuasa
Tindakan yang lebih ketat bagi yang mengingkari undang-undang
Kempen kesedaran menghargai anugerah alam
memelihara alam sekitar
sampah sarap seperti daun2 gugur boleh ditanam daripada membakar.
Jangan membakar sampah dibtemoat yang terbuka seperti di kawasan perumahan
Pihak kilang harus lebih teliti lagi menangani isu pencemaran udara ini jika kilang
berhampiran dengan kawasan perumahan
Tindakan penguatkuasaan yg tegas
Elakkan pembakaran sampah ditempat terbuka
Mengedarkan poster/ maklumat tentang kepentingan manjaga alam sekitar. Poster /
maklumat tersebut boleh di masukkan ke dalam peti surat setiap rumah di dalam taman
perumahan.
Kena bagi reminder kepada yg membuat pembakaran terbuka dikawasan rumah dalam
taman. Samada depan atau dibelakang rumah
Mengenakan denda yang tinggi dan kempen bermula dari peringkat sekolah berkenaan
kesan pencemaran kepada ekosistem
Menyebabkan bau busuk dr asap pembakaran , sukar bernafas , baju-baju melekat bau
asap
Penguatkuasaan undang-undang supaya orang awam sedar tentang isu pencemaran
dipandang serius oleh pihak berkuasa.
Wujudkan kempen kesedaran
Meguatkuasakan undang-undang tentang masalah pencemaran udara yg berpunca dari
masyarakat yang tidak bertanggungjawab
Jangan membuat pembakaran secara terbuka
Menjaga kebersihan alam sekitar
Pembakaran terbuka perlu dielakkan
Denda orang yang suka bakar sampah di kawasan perumahan
Kurangkan pengunaan kenderaan di jalan raya
perketatkan SOP di kawasan perindustrian
JANGAN POTONG POKOK
Kurangkan penggunaan menaiki kenderaan sendiri dan tidak membakar sampah sesuka
hati di kawasan yang terbuka dan terdekat dengan perumahan
MENGUATKUASAKAN SISTEM RONDAAN BERKALA BAGI MENGATASI MASALAH
PENCEMARAN UDARA.
Adakan kempen kesedaran mengenai pencamaran dan kesan terhadap alam sekitar

6

Wujudkan self awareness..
Bagi penerangan kepada masyarakat betapa pentingnya penjagaan dengan adakan
ceramah2 berbentuk komuniti
Tiada
Kesedaran diri sendiri untuk tidak membakar secara terbuka
Penguatkuasaan undang-undang mengharamkan merokok
Memperbanyakkan kempen mencintai alam sekitar kepada orang ramai.
Hentikan pembangunan dan naiktaraf bangunan sahaja. Naikkan ekonomi pertanian
Menggenakan denda pada si pelaku
Haramkan rokok
Sentiasa mengingati sesama jiran tetangga tentang pencemaran udara
Perbanyakkan program kesedaran pentingnya penjagaan alam sekitar dan kerap
menjalankan operasi penguatkuasaan.
kawasan kawasan industri perlu jalankan operasi selama 8 jam sehari dan cuti setiap
seminggu sekali serta ada kan kempen alam sekitar terhadap majikan dan pekerja..dan
penguatkuasa tempatan perlu banyak membuat rondaan terhadap kawasan industri dan
kawasan perumahan untuk mengelakan pembakaran terbuka serta mengambil tindakan
yg tegas dari segi undang2.
Harap pihak berkuasa memantau kawasan kilang-kilang dan denda lebih tinggi.
Mengadakan kempen kesedaran dengan megedarkan poster kesan buruk pencemaran
udara
Kempen kesedaran
Kuatkuasa undang undang
Penduduk harus peka terhadap alam sekitar
KUATKUASA UNDANG-UNDANG BERKENAAN PEMBAKARAN TERBUKA
TERUTAMANYA DI KAWASAN KAMPUNG YANG LAZIMNYA MEMBAKAR SAMPAH-
SAMPAH MEREKA.
Menguatkuasakan undang-undang jika berlaku pencemaran asap dari kenderaan dan
kilang serta pembakaran secara terbuka terus menyaman individu bersalah sebagai
pengajaran dimasa akan datang.
Kerajaan membuat pantauan lebih kpd pihak yang bersalah
Perkara ini lebih berkesan jika semua pihak turun pandang dalam bekerjasama
menyeselesaikan permasalahan ini. Hal ini kerana muafakat membawa berkat

PERBINCANGAN

Antara penyakit yang kerap dikaitkan dengan masalah pencemaran udara ini
adalah penyakit asma. Asma berasal daripada bahasa 'Greek' yang bermaksud susah
bernafas. Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan

7

saluran pernafasan. Semasa serangan asma, pesakit mungkin mengalami ‘wheezing’
(bunyi bersiul apabila sedang bernafas), kesesakan dada, sesak nafas dan batuk. Batuk
yang sering berlaku adalah pada waktu malam atau awal pagi. Asma boleh menjadi
penyakit yang mengancam nyawa jika tidak dirawat.

Walaupun tiada sebab yang khusus diketahui untuk penyakit asma, semua
penghidap mempunyai persamaan yang sama iaitu keradangan saluran pernafasan yang
kronik. Saluran pernafasan mereka adalah sangat sensitif kepada pelbagai sebab. Jika
terdapat faktor yang boleh menyebabkan asma berlaku, saluran pernafasan akan menjadi
radang (saluran pernafasan mengandungi lendir, bengkak, dan sempit). Seterusnya otot
yang berhubung dengan saluran pernafasan ini menjadi lebih sempit daripada biasa. Ini
menyebabkan pesakit sukar untuk bernafas dan boleh menyebabkan serangan asma

1. Faktor-Faktor Yang Boleh Menyebabkan Asma Berlaku

Penting untuk menyedari perkara-perkara dalam persekitaran anda yang cenderung
untuk membuat asma menjadi lebih teruk. Faktor-faktor ini berbeza untuk setiap
individu. Perkara yang menyebabkan berlakunya asma adalah seperti berikut:
• Jangkitan pernafasan dan selsema

8

• Pendedahan kepada asap rokok
• Reaksi alahan atau alergi kepada debunga, kulat, bulu haiwan, bulu, habuk, makanan,

dan lipas
• Pencemaran udara dalaman dan luaran, termasuk ozon dan pencemaran zarah
• Pendedahan kepada udara sejuk atau perubahan suhu secara tiba-tiba
• Tekanan (stress)
• Latihan (senaman)
• Ubat-ubatan termasuk aspirin dan ubatan anti-radang bukan steroid seperti asid

mefenamic (ponstan) atau ibuprofen

2. Tindakan Yang Perlu Diambil Jika Menghidapi Asma

Jika seseorang menghidapi asma, dia perlu mengikuti pelan tindakan doktor sebagai
langkah berjaga-jaga untuk bersedia menghadapi ancaman serangan asma. Sesiapa yang
merasakan boleh berada di dalam kesukaran untuk bernafas atau sesak nafas akut
hendaklah segera mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan. Nasihat ini juga
disarankan bagi penghidap asma yang merasakan keadaan mereka adalah lebih
buruk/teruk daripada biasa atau tidak bertindak balas kepada rawatan yang biasa.

3. Adakah Asma Boleh Sembuh

Tidak, tetapi gejala-gejala asma dan serangan boleh bertambah baik dengan rawatan. Jika
asma tidak dirawat, pesakit boleh mendapat asma yang lebih teruk dari masa ke masa. Ini
boleh menyebabkan kerosakan di saluran udara yang kekal. Tujuan penjagaan asma
adalah untuk mengelakkan serangan asma yang boleh memburukkan lagi keadaan
pesakit.

4. Pencegahan Asma

Serangan asma tidak dapat dielakkan, tetapi asma boleh dicegah.
• Elakkan faktor penyebab sebanyak mungkin
• Ambil ubat-ubatan seperti yang disyorkan
• Orang yang mempunyai alahan luaran harus mengelakkan aktiviti luar apabila bacaan

indeks pencemaran adalah tinggi/tidak sihat.
9

• Senaman juga boleh menyebabkan berlakunya asma. Beberapa perkara boleh
membantu seperti menjalankan aktiviti pemanasan (warming up) sebelum memulakan
aktiviti dan secara beransur-ansur melakukan penyejukan badan selepas bersenam.
Elakkan bersenam semasa jangkitan saluran pernafasan serta elakkan senaman dalam
cuaca yang sangat sejuk.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Semasa menjalankan soal selidik terdapat beberapa rintangan seperti:
1) Sebilangan kecil responden lambat memberikan respon di atas kesibukan responden.
2)Menambahkan jumlah responden yang akan disoal selidik.
3) Memperbanyakan jumlah soalan untuk disoal selidik.
4) Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia perlu sentiasa memberikan penerangan serta
kempen tentang bahaya dan penularan penyakit Asma ini dan cara pencegahan Asma di
kalangan masyarakat dengan lebih mendalam.

KESIMPULAN

Keseluruhan responden yang disoal selidik mengetahui punca utama pencemaran udara
yang berlaku di negara kita serta sedar kesannya terhadap kesihatan manusia. Majoriti
responden memberikan jawapan bahawa kesan pencemaran udara dalaman, luaran,
termasuk ozon dan pencemaran zarah membawa kepada penyakit Asma iaitu kesukaran
bernafas yang boleh mendatangkan bahaya kepada nyawa manusia.

10

RUJUKAN
1. http://www.myhealth.gov.my/asma/
2. http://psasir.upm.edu.my/11194/1/FPSK_M_1998_2_A.pdf
LAMPIRAN
Borang Soal Selidik

11


Click to View FlipBook Version