Pencemaran Sungai Di Malaysia

Pencemaran Sungai Di Malaysia

Nukilan Hijau Lestari on Khamis, 15 Mei 2008

Sungai merupakan anugerah yang tidak ternilai kepada seluruh umat manusia.Namun sejak kebelakangan ini sungai di negara-negar di Asia begitu tercemar sekali.Sepatutnya sumber air ini dihargai sepenuhnya.Jika ditakdirkan kita mengalami krisis air kesannya amatlah buruk kepada seluruh hidupan terutamanya manusia.Jadi hargailah air,mulakan tabiat yang baik dan betul JANGAN BUANG SAMPAH KE DALAM SUNGAI! sesuka hati sahaja.Walaupun hanyalah cebisan kertas,pembalut gula-gula atau pun puntung rokok kesannya untuk jangka panjang akan memusnahkan ciri-ciri keindahan sungai dan akhirnya membawa kepada pencemaran yang dahsyat.

Pencemaran sungai ialah:
Perubahan sifat-sifat fizikal,kimia atau biologi air sehingga menjejaskannya apa-apa kegunaan yang berfeadah serta mengancam kesihatan,keselamatan dan kebajikan penduduk,hidupan lain serta tumbuhan.

Antara kegunaan sungai termasuklah

1. Menjana kuasa tenaga hidroelektrik

2. Sumber bekalan air yang bersih untuk kegunaan domestik(orang ramai)

3. Perindustrian

4. Pertanian(sumber pengairan termasuklah sawah padi seperti Sungai Muda untuk
pengairan Jelapang Padi Malaysia di Kedah serta sumber air untuk penternakan
termasuklah akuakultur ikan air tawar.

5. Perikanan(contohnya di muara sungai serta di kawasan paya bakau,tempat pembiakan
ikan serta hidupan sungai dan akuatik yang lain

6. Rekreasi( melibatkan nilai estetika sungai termasuklah air terjun dan perparitan)
Turut berkait rapat dengan nilai-nilai pelancongan,cuba bayangkan jika sungai
Kelang yang tercemar itu bersih dan airnya jernih pasti adanya bot penyewa untuk
melihat keindahan sepanjang sungai.Alangkah indahnya…

7. Pengangkutan,contohnya sungai di Sabah dan Sarawak seperti Sungai Kinabatangan,
Sungai Padas dan sebaginya sama ada untuk pengangkutan kayu balak atau penumpang
domestik


Antara punca-punca pencemaran sungai termasuklah:

  1. Sisa buangan dari aktiviti industri seperti sisa toksid
  2. Sisa buangan bahan kumbahan domestik contohnya dari loji kumbahan,atau air limbahan dari kawasan pembandaran dan loji rawatan air,kumbahan dari hotel-hotel serta bengkel kereta yang tidak bertanggungjawab atau tumpahan minyak dari enjin bot.
  3. Pembuangan sampah sarap dari loji sampah atau tapak pelupusan sampah
  4. Pencemaran dari aktiviti pertanian seperti penggunaan racun serangga berlebihan sehingga mengganggu kualiti air seperti di sawah padi atau pun perladangan.Pembukaan kawasan perladangan yang baru turut membawa air kelodak dan lumpur ke sungai berdekatan
  5. Aktiviti pembukaan tanah atau projek pembinaan perumahan atau bangunan
  6. Aktiviti penternakan haiwan seperti sisa kumbahan dari ladang khinzir
  7. Aktiviti pembalakan,menjejaskan sumber kawasan tadahan dan menyebabkan timbunan lumpur dan kelodak yang akhirnya menyebabkan nilai keindahan sungai terjejas serta sungai menjadi cetek.
  8. Sampah sarap serta pembuangan sisa kumbahan domestik dari setinggan
  9. Aktiviti perlombongan seperti perlombongan bijih timah atau apa-apa sahaja aktiviti perlombongan yang berhampiran sungai.
Antara peranan orang ramai ialah:
  1. Janganlah buang sampah sesuka hati ke dalam sungai,gunakan tong sampah,atau simpan cebisan kertas atau palstik atau kotak rokok sehingga berjumpa dengan tong sampah.Berubahlah sikit.. takkan sampah yang kecil pun tak mampu nak uruskan.
  2. Jimatkan penggunaan air.
  3. Kurangkan hakisan tanah semasa kerja tanah dijalankan
  4. Gunakan baja kimia dengan kaedah yang betul
  5. Elakkan tumpahan minyak semasa mengisi tangki minyak bot
  6. Amalkan konsep kitar semula
  7. Gunakan sabun membasuh pakaian yang mesra alam.
  8. Elakkan penggunaan racun serangga yang berlebihan ke atas tumbuhan pertanian seperti di sawah padi
  9. Jangan bina tandas gantung di tepi sungai
  10. Gunakan baja organik yang mesra tanah
  11. Jelaskan bil air pembentungan
  12. laporkan kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Alam sekitar jika terdapatnya pencemaran di tempat anda.

Sungai Juru Pulau Pinang ini merupakan antara sungai yang mengalami pencemaran yang teruk.Gambar memperlihatkan begitu banyak sampah dibuang ke sungai tersebut!

Sungai Hulu Langat (kiri) tercemar dengan bahan ammonia dari kilang dan Sungai Klang(kanan) dilaporkan sebanyak 1 juta tan sampah setahun dikutip disepanjang sungai dan hanya terdapat satu spesis ikan sahaja yang boleh hidup di sungai tersebut,namun tidak boleh dimakan kerana mengandungi sisa racun yang tinggi!

Antara sungai yang tercemar teruk termasuklah

  1. Di Pulau Pinang seperti Sungai Juru,Sg Jelutong,Sg Pinang,Sg Jejawi,Sg Junjung dan Kluang
  2. Di Selangor seperti Sungai Sepang,Sg Buloh,Sg Klang,Sg Langat
  3. Di Johor seperti Sungai Tukang Batu,Sg Seget,Sg Skudai,Sg Kempas,Sg Danga
  4. Di Sabah seperti sungai Menggaris
Kongsi-kongsilah pendapat anda dengan saya terutama jika terdapat sungai yang tercemar berhampiran tempat tinggal anda…

sumber : http://www.lovehijau.com/2008/05/pencemaran-sungai-di-malaysia.html

Leave a comment

WordPress.com News

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

cowaypilihanku

“We Bring Wellness”