CUCKOO WATER PURIFIER AND AIR PURIFIER

PENCEMARAN AIR (PUNCA, KESAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN)

APAKAH ITU PENCEMARAN AIR ?

Pencemaran air ialah apa-apa perubahan yang berlaku secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif  air sehingga menjejaskan kegunaan dan fungsi air tersebut kepada manusia dan hidupan lain.

APAKAH PUNCA UTAMA PENCEMARAN AIR ?

Kebanyakan air yang tercemar bukan berpunca dari air itu sendiri. Contohnya, 80% laut yang tercemar puncanya datang dari tanah besar dan pemangsanya ialah manusia sendiri.

Antara punca utama pencemaran air di Malaysia ialah :

1. PEMBUANGAN SISA & TOKSIN DARI KILANG INDUSTRI

Kos pelupusan tidak perlu ditanggung pihak pengurusan kilang. Ianya lebih menjimatkan bila kilang menyalurkan sisa buangan ke punca air yang terdekat.

Sisa buangan kilang ini juga sangat berbahaya kepada manusia dan hidupan air sehingga boleh mengancam nyawa dan kepupusan spesies. Sisa-sisa ini juga tidak dapat diuraikan dan mendap di dasar sungai atau laut dalam tempoh yang sangat lama.

Menurut Jabatan Alam Sekitar, rekod menunjukkan sebanyak 45.1% punca pencemaran di Malaysia datangnya dari industri pembuatan dan stesen rangkaian pam minyak.

2. SIKAP MASYARAKAT

Punca kedua pencemaran di Malaysia pula ialah datang dari masyarakat Malaysia sendiri yang suka membuang sampah ke dalam sungai. Sikap ini yang tidak terkawal menyebabkan sungai sudah lagi tidak selamat untuk sebarang aktiviti. Ini dapat dilihat di sunga-sungai sekitar Lembah Klang.

Punca seterusnya datang dari industri pertanian. Para petani menyebut baja dan racun perosak pada tanaman mereka. Sisa dari aktiviti ini akan diserap tanah dan kemudiannya akan mengalir ke sungai dan tali air berhampiran.

Ini akan menyebabkan kadar pembiakan alga dan plankton  menjadi sangat tinggi dan menyebabkan hidupan air lain terbunuh. Contohnya, Di Gulf Of Mexico, kawasan itu diisytiharkan sebagai Zon Mati kerana sekitar kawasan tersebut tiada langsung hidupan kesan dari pencemaran air.

KESAN-KESAN PENCEMARAN AIR

1. KEPADA KESIHATAN MANUSIA

Secara amnya, pencemaran air membunuh manusia. Pada tahun 2015 sahaja, 1.8 juta manusia mati kerana pencemaran air di seluruh dunia.

Air yang tercemar membuatkan kita sakit kerana ia membawa beribu jenis bakteria dan virus yang berpunca dari bahan buangan dan toksin merbahaya. Antara penyakit yang dikaitkan dengan pencemaran air ialah cirit birit, typhoid dan kanser usus.

Malah, air yang tercemar bukan sahaja bahaya untuk diminum, malah ia juga memberi kesan sekiranya kita berenang dan boleh mengakibatkan kanser kulit atau sakit-sakit kulit yang lain.

Disebabkan itu, masyarakat sekarang banyak menggunakan penapis air untuk mendapat minuman yang bersih. Klik di bawah untuk info lanjut.

2. KEPADA ALAM SEKITAR

Hidupan air seperti ikan, udang, terumbu karang, rumpai laut dan sebagainya akan mati dan sesetengah spesies boleh terhapus disebabkan pencemaran air.

Sebagai contoh, hampir 78% penyu yang mati adalah disebabkan tertelan plastik atau sisa buangan manusia kerana dianggap makanan oleh mereka. Penyu diwartakan sebagai haiwan yang dilindungi kerana jumlah populasi mereka yang sangat berkurang dan diancam kepupusan.

Selain itu juga, kawasan yang tercemar airnya juga tidak lagi sesuai untuk didiami. Ini kerana, tumbuh tumbuhan tidak dapat hidup dengan baik dan haiwan atau manusia yang minum dari air tercemar itu boleh mati.

Aktiviti-aktiviti seperti memancing, memukat, aktivit air lain juga tidak lagi sesuai diadakan di kawasan yang airnya tercemar.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK PENCEGAHAN DAN PEMBERSIHAN PENCEMARAN AIR

Sebenarnya tiada langkah yang mudah yang boleh diambil. Usaha ini perlu digembeleng dan disertai oleh semua pihak untuk memastikan ianya berjaya.

1. MENDIDIK MASYARAKAT

Media massa dan media elektronik perlu memainkan peranan yang penting dan kerap bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahayanya pencemaran air.

Selain itu juga, sikap cintakan kebersihan perlu dipupuk semenjak dari kecil lagi dan ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan sebaik mungkin dalam hal ini.

Pihak masyarakat dan sekolah juga haruslah kerap mengadakan kerjasama gotong-royong di kawasan masing-masing untuk mendidik tentang kepentingan menjaga kebersihan. Di samping merapatkan hubungan silaturahim, kebersihan kawasan sekitar akan selalu dalam keadaan terjaga.

Ibubapa dan guru haruslah menunjukkan contoh yang baik seperti membuang sampah ke dalam tong sampah, mengutip sampah yang nampak di lantai dan lain-lain lagi.

2. UNDANG-UNDANG

Selain itu juga, pihak kerajaan melalui pihak berkuasa pula perlu bertegas dan menguatkuasakan undang-undang yang telah ditetapkan. Tiada kompromi samada kepada kroni terutamanya pada pihak-pihak kilang.

Antara undang-undang yang perlu dikuatkuasakan ialah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pihak berkaitan juga perlu memastikan sistem perparitan diselenggara dengan kerap dan memastikan ianya tidak tersumbat. Dengan cara ini, sampah sarap yang terlepas ke dalam air dapat dialirkan dengan baik.

Manakala Pihak berkuasa tempatan (Pengurusan Sampah) pula memainkan peranan penting untuk menjalankan tugas mereka membersihkan longkang-longkang dan kawasan sekitar.

3. KAJIAN DAN EKSPERIMEN

Manakala bagi pihak cendekiawan dan saintis pula, mereka harus terus menjalankan kajian dan eksperimen bagi mencari solusi dan cara yang lebih mudah bagi menghapuskan sampah terutamanya plastik yang mengambil masa sehingga ratusan tahun untuk lupus.

Pencemaran air berlaku berpunca dari manusia dan manusia jugalah yang perlu merancang dan bertindak bagi memastikan pencemaran air tidak menjadi teruk.

KESIMPULAN

Pencemaran air berlaku berpunca dari manusia dan manusia jugalah yang perlu merancang dan bertindak bagi memastikan pencemaran air tidak menjadi teruk.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Scroll to Top