GINGER (FERTIGATION)

  • KULTIVAR YANG DISYORKAN

 Varieti-varieti halia :

  • Halia Bentong

 

 

  • Halia China

 

 

 

 

  • Halia Tanjung Sepat (Halia Indonesia)

 

  • Halia Thailand

 

  • Halia Tambunan (Halia Sabah)

 

  • Halia Bara

 

Penyediaan Bahan Tanaman

Plant Media

Terdapat pelbagai jenis campuran media yang boleh digunakan untuk tanaman halia secara fertigasi. Bagi kebanyakan sistem penanaman secara fertigasi, media tanaman yang biasa digunakan adalah cocopeat kerana ia mudah diperolehi, murah dan lebih mesra alam. Cocopeat adalah media tanaman yang bersifat penyerap air (water absorbent) yang mampu menyimpan air didalamnya termasuk air yang mengandungi baja tanaman dalam sistem fertigasi. Saiz partikel cocopeat mempengaruhi daya pegangan air. Cocopeat yang bersaiz halus akan menyebabkan media menjadi sangat lembap dan mempengaruhi tumbesaran pokok. Cocopeat juga mempunyai pH 5.6 – pH 6.5 sangat sesuai untuk pertumbuhan akar tanaman.

Selain daripada media cocopeat, media sekam padi bakar juga boleh digunakan kerana ia mudah didapati. Kedua-dua media tanaman ini boleh dicampurkan dengan nisbah campuran cocopeat dan sekam padi bakar pada kadar 70 : 30 atau 60 : 40 bergantung pada kesesuaian media (saiz partikel cocopeat). Media cocopeat perlu dibilas dengan air bersih terlebih dahulu bagi menyingkirkan kandungan garam terlarut yang terdapat di dalam media sebelum penanaman dijalankan.

Polibeg

Saiz polibeg yang disyorkan berukuran 24” lebar x 16” tinggi. Media diisi sebanyak 2/3 isipadu dari aras ketinggian polibeg. 3-4 lubang kecil untuk laluan lebihan larutan baja dibuat 5 cm dari dasar polibeg. Polibeg disusun rapat kiri dan kanan bagi membentuk barisan tanaman dengan jarak antara barisan tanaman 40 cm bergantung kepada kesesuaian.

Pengurusan Pembajaan Fertigasi

Larutan Stok Baja

Tanaman memerlukan 16 unsur nutrien di mana terdiri daripada unsur akro dan mikro yang penting untuk pertumbuhan tanaman yang baik. Unsur makro adalah unsur yang diperlukan dalam kuantiti yang lebih banyak berbanding dengan unsur mikro yang hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit tetapi sangat penting bagi pertumbuhan dan kesuburan tanaman. Unsur asas bukan mineral seperti oksigen (O), hidrogen (H) dan karbon (C) diperolehi dari udara dan air dan membentuk 94-96% daripada berat kering tanaman. Unsur makro terdiri daripada nitrogen (N), fosforus (P), kalium (K), kalsium (Ca), sulfur (S) dan magnesium (Mg). Bagi unsur mikro pula adalah seperti ferum (Fe), molibdenum (Mo), mangan (Mn), boron (B), zink (Zn), kuprum (Cu) dan klorin (Cl). Kepekatan unsur makro dan mikro ini adalah berbeza berdasarkan jenis dan varieti tanaman. Formulasi kepekatan unsur diadunkan daripada sumber baja tunggal yang 100% larut air berdasarkan pengesyoran formulasi pembajaan melibatkan 2 bahagian iaitu baja set A dan set B.

Jadual 1: Pengesyoran Formulasi Baja Set A dan Set B bagi Tanaman Halia Jabatan Pertanian

Gambar : Kaedah membuat 100-liter larutan stok baja A & B

Baja fertigasi set A dan set B hendaklah disediakan berasingan bagi mengelakkan berlakunya tindakbalas kimia di antara unsur kalsium dengan fosfat dan unsur kalsium dengan sulfat yang menyebabkan pembentukan mendakan kristal kalsium sulfat (CaSO4) dan kalsium fosfat (Ca3(PO4)2). Untuk menyediakan larutan stok baja, set A dan B dilarutkan masing-masing di dalam sejumlah air yang sama kuantiti pada tong yang berasingan (stok A dan stok B). Kaedah melarutkan set baja A adalah dengan cara mengisi 2/3 daripada 100 liter air ke dalam tong stok A dan seterusnya baja set A dimasukkan dan dilarutkan dengan cara mengacau larutan tersebut. Apabila semua baja telah larut, masukkan air ke dalam tong stok A sehingga mencapai paras 100 liter. Seterusnya bagi kaedah melarutkan baja set B, ulangi langkah di atas dengan menggunakan baja set B dan dilarutkan di dalam tong stok B.

Bagi menyediakan larutan baja di dalam tangki pada kepekatan EC (Electrical Conductivity) tertentu, kedua-dua larutan stok A dan stok B tidak boleh dicampurkan serentak ke dalam tangki air. Larutan stok perlu dituang dan dikacau secara berasingan bagi mengelakkan tindakbalas kimia yang mewujudkan sebatian lain yang tidak larut dan menyebabkan
berlakunya pemendakan. Larutan stok perlu disimpan di tempat yang terlindung daripada sinaran cahaya matahari.

Selain pengesyoran formulasi seperti di Jadual,  terdapat juga set baja A dan B dijual di pasaran dengan pelbagai formulasi campuran untuk pelbagai tanaman. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kemungkinan yang boleh berlaku apabila menggunakan baja di pasaran dari segi kesesuaiannya sama ada ia sesuai untuk digunakan ataupun memerlukan sedikit penambahbaikan formulasi bagi memenuhi keperluan nutrien untuk pertumbuhan tanaman halia yang baik.

Gambar 1 : Tong larutan stok baja dengan kapasiti 100 liter dan dilabel Stok A dan Stok B

Gambar 2 : Tangki air baja dan air bersih

Gambar 3 : Stok A & Stok B ditambah dan dikacau di dalam tangki baja secara berasingan

Gambar 4 : EC Meter digunakan bagi mengambil bacaan kepekatan EC tangki baja

Fertilization

Bacaan EC (Electrical Conductivity) atau sukatan air baja yang disyorkan adalah 1.0 mS/cm pada minggu pertama dan dinaikkan sedikit demi sedikit sehingga mencapai 2.6 mS/cm di akhir musim penanaman seperti di Jadual 12. Pengairan baja pada minggu pertama dilakukan sebanyak 300 ml/hari dipecahkan mengikut kekerapan 1 – 2 kali sehari (contoh: kekerapan 2 kali iaitu 150 ml/pengairan). Bermula pada minggu kedua dan seterusnya, pengairan baja dilakukan mengikut umur pokok dan ditingkatkan mengikut kekerapan 4 – 8 kali sehari (bergantung kepada cuaca) sehingga mencapai 1.050 liter/hari.

Jadual 2: jadual Pembajaan Fertigasi Untuk tanaman halia (1000 Polibeg)

Nota:
* Pengairan baja bagi halia (muda) dihentikan selepas minggu ke-20 penanaman, pemberian air kosong dilakukan sehingga 2 minggu sebelum penuaian.

** Pengairan baja bagi halia (tua) dihentikan selepas minggu ke 32 – 36 penanaman, pemberian air kosong dilakukan sehingga 2 minggu sebelum penuaian.

Cuaca panas di kawasan tanah rendah akan menyebabkan berlakunya kenaikan EC media yang tidak terkawal seandainya kawalan air tidak diuruskan dengan baik dan kejadian ini menyebabkan pertumbuhan tanaman akan terjejas.

Oleh itu, bacaan EC di dalam media tanaman hendaklah dipantau dari semasa ke semasa untuk memastikan bacaan EC daripada tangki larutan baja dan EC media tanaman tiada perbezaan yang ketara.

Nilai perbezaan bacaan EC hendaklah tidak melebihi 1.0 – 1.2 unit (mS/cm). Sekiranya EC media lebih tinggi iaitu melebihi 1.0 – 1.2-unit (mS/cm) berbanding EC di dalam tangki larutan, pengairan baja digantikan dengan pemberian air kosong bagi menurunkan bacaan EC media tersebut.

 

Kawalan Serangga Perosak

Nama PerosakSimptom/TandaSyor Pengurusan

Ulat pengorek
pucuk (Shoot borer)

Conogethes punctiferalis

Larva mengorek bahagian batang dan pucuk menyebabkan pokok menjadi kuning, layu dan mati

Buang dan musnahkan bahagian yang diserang pada peringkat awal untuk mengawal populasi perosak.

Perhatian:

Tiada pengesyoran penggunaan racun kimia (perawis aktif) yang berdaftar bagi mengawal perosak ini terhadap tanaman halia.

Koya
(Mealybug)

Dysmicoccus
brevipes, Ferrisia
virgata

Dewasa dan nimfa berwarna putih menyerang dengan menghisap cairan sap pada bahagian daun, batang dan pangkal pokok.

Buang dan musnahkan bahagian yang diserang pada peringkat awal untuk mengawal populasi perosak

Sembur dengan minyak kayu putih.

Perhatian:

Tiada pengesyoran penggunaan
racun kimia (perawis aktif) yang
berdaftar bagi mengawal perosak ini terhadap tanaman halia.

Ulat gulung daun
(Turmeric skipper)

Udaspes folus

Larva menyerang dengan memakan bahagian daun dan menggulung daun sebagai tempat perlindungan

Buang dan musnahkan bahagian yang diserang pada peringkat awal untuk mengawal populasi perosak

Perhatian:

Tiada pengesyoran penggunaan racun kimia (perawis aktif) yang berdaftar bagi mengawal perosak ini terhadap tanaman halia.

Jadual 3: Jenis dan simptom serangan serangga perosak tanaman halia serta syor pengurusan/kawalan

Kawalan Penyakit dan Patogen

Nama
Penyakit dan
Patogen
Simptom/ Tanda Syor Pengurusan

Layu Bakteria
(Bacterial wilt)

Ralstonia
solanacearum

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Lesi lecuh basah (water-soaked) pada pangkal pseudostem dan merebak ke bahagian atas dan bawah pokok. Pseudostem mereput menyebabkan mudah tercabut apabila ditarik lembut.
  • Daun menjadi layu hijau (green wilt) dalam tempoh 5 hingga 10 hari selepas jangkitan. Daun kemudian berubah kekuningan dan seterusnya nekrotik (kering).
  • Simptom kekuningan bermula daripada daun bahagian bawah sebelum merebak ke daun bahagian atas.
  • Rizom menjadi lecuh basah (water – soaked), mereput dan berbau busuk.
  • Pokok menjadi terbantut dan mati.

Gunakan bahan tanaman dan media yang bebas penyakit.

Buang dan musnahkan bahagian tanaman yang diserang.

Pastikan saliran berfungsi dengan baik. 

Pastikan sisa tanaman dibersihkan sebelum memulakan penanaman baharu.

Amalkan penggiliran tanaman (tanaman daripada keluarga berbeza)

Perhatian:

Tiada pengesyoran penggunaan racun kimia (perawis aktif) yang berdaftar bagi mengawal penyakit ini terhadap tanaman halia.

Reput Lembut
(Soft rot)

Dickeya
chrysanthemi
(syn. Erwinia
chrysanthemi)

  • Penyakit mudah berlaku jika media tanaman terlalu lembap (waterlogged).
  • Serangan bermula daripada pangkal pseudostem, rizom dan kemudian merebak ke bahagian atas.
  • Pseudostem dan rizom menjadi reput lembut dan berbau busuk. 
  • Pucuk daun menjadi klorisis dan merebak ke seluruh daun. 
  • Akhirnya seluruh daun menjadi kekuningan, layu dan mati.

Gunakan bahan tanaman
dan media yang bebas
penyakit

Buang dan musnahkan
bahagian tanaman yang
diserang.

Elakkan kecederaan pada rizom terutama semasa penanaman atau penyelenggaraan tanaman. Pastikan saliran berfungsi dengan baik.

Pastikan sisa tanaman dibersihkan sebelum memulakan penanaman
baharu.

Amalkan penggiliran tanaman (tanaman daripada keluarga berbeza)

Perhatian:

Tiada pengesyoran penggunaan racun kimia (perawis aktif) yang berdaftar bagi mengawal penyakit ini terhadap tanaman halia. 

Bintik Daun/
Hawar daun

Pyricularia
zingiberi

  • Bermula dengan bintik – bintik kecil berwarna coklat cerah dan bahagian tengah berwarna kelabu keputihan.
  • Tanda: struktur sklerotium bergabung membentuk tompokan hitam pada bintik.
  • Kemudian bintik-bintik berkembang dan bercantum membentuk bintik nekrotik bujur yang dikelilingi oleh halo kekuningan.
  • Peringkat serangan serius, daun-daun akan kering dan mati.

Gunakan bahan tanaman dan media yang bebas penyakit.

Buang dan musnahkan bahagian tanaman yang diserang.

Amalkan penggiliran tanaman (tanaman daripada keluarga berbeza).

Perhatian:

Tiada pengesyoran penggunaan racun kimia (perawis aktif) yang berdaftar bagi mengawal penyakit ini terhadap tanaman halia.

Bintik Daun/
Hawar Daun
(Phyllosticta leaf
spot)

Phoma zingiberis
(syn. Phyllosticta
zingiberi)

  • Simptom awal adalah bintik kecil berbentuk bujur atau memanjang berwarna coklat cerah pada daun muda.
  • Bintik kemudian membesar dan bercantum, di tengah bintik berwarna putih dan margin coklat gelap dikelilingi halo kekuningan. Bintik jadi nekrotik, kering dan menyebabkan daun berlubang.
  • Serangan serius menyebabkan keseluruhan daun menjadi kering dan mati.

Gunakan bahan tanaman dan media yang bebas penyakit.

Buang dan musnahkan bahagian tanaman yang diserang.

Pastikan saliran berfungsi
dengan baik (elakkan kawasan bertakung). 

Pastikan sisa tanaman dibersihkan sebelum memulakan penanaman baharu.

Amalkan penggiliran tanaman (tanaman daripada keluarga berbeza).

Kawalan kimia:

Lakukan drenching menggunakan racun kulat.

Rawatan benih secara dipping dengan menggunakan racun kulat sebelum penanaman.

Perhatian:

Tiada pengesyoran penggunaan racun kimia (perawis aktif) yang berdaftar bagi mengawal penyakit ini terhadap tanaman halia. 

Reput lembut/
Reput rizom
(Soft rot/ Rhizom
rot/ Pythium rot)

Pythium
aphanidematum,

Pythium
myriotylum,

Pythium
splendens

  • Serangan boleh berlaku di semua peringkat pertumbuhan pada bahagian rizom, pseudostem dan akar.
  • Lesi basah berwarna kecoklatan pada pangkal pseudostem berdekatan tanah. Lesi berkembang dan bercantum menyebabkan pseudostem mereput kemudian pokok rebah. 
  • Serangan merebak ke bahagian rizom dengan simptom lesi basah berwarna kecoklatan. Rizom dan akar menjadi lembik, berair, mereput serta berbau.
  • Bahagian daun menjadi layu, kekuningan dan kemudian mati kering pada pseudostem.
  • Tanda: spora rehat berdinding tebal (oospora) yang boleh kekal hidup dalam keadaan dorman di dalam tanah, rizom dan akar. 

Gunakan bahan tanaman dan media yang bebas penyakit.

Buang dan musnahkan bahagian tanaman yang diserang.

Pastikan saliran berfungsi dengan baik (elakkan kawasan bertakung). 

Pastikan sisa tanaman dibersihkan sebelum memulakan penanaman baharu.

Amalkan penggiliran tanaman (tanaman daripada keluarga berbeza). 

Kawalan kimia:
Lakukan drenching menggunakan racun kulat.

Rawatan benih secara dipping dengan menggunakan racun kulat sebelum penanaman.

Perhatian:
Tiada pengesyoran penggunaan racun kimia (perawis aktif) yang berdaftar bagi mengawal penyakit ini terhadap tanaman halia.

Reput rizom/
Reput kering
(Rhizome rot/
Dry rot)


Fusarium
oxysporum f. sp.
zingiber

  • Serang bermula pada daun bahagian bawah (daun tua) dan merebak ke daun bahagian atas (daun muda).
  • Kekuningan pada bahagian hujung daun dan merebak keseluruhan daun menjadi kering kecoklatan.
  • Bahagian umbisi berubah warna kecoklatan,lembik, berair dan reput meninggalkan kulit luar (outer shell intact with fibrous internal tissue).
  • Tanda: pertumbuhan miselium putih atau oren cerah boleh dilihat pada permukaan rizom.
  • Perubahan warna pada tisu vaskular. Pseudostem akan mudah tercabut apabila ditarik lembut kerana telah reput.
  • Pokok menjadi kekuningan, layu dan terbantut. Kemudian pokok menjadi mati kering perlahanlahan dalam tempoh beberapa minggu.
  • Jangkitan F. oxysporum f. sp. zingiberi sering berkait dengan infestasi nematode Pratylenchus sp.
  •  

Gunakan bahan tanaman dan media yang bebas penyakit.


Buang dan musnahkan bahagian tanaman yang diserang.


Pastikan saliran berfungsi dengan baik (elakkan kawasan bertakung). Pastikan sisa tanaman dibersihkan sebelum memulakan penanaman baharu.


Amalkan penggiliran tanaman (tanaman daripada keluarga berbeza).


Kawalan kimia:
Lakukan drenching menggunakan racun kulat.


Rawatan benih secara dipping dengan menggunakan racun kulat sebelum penanaman.


Perhatian:

Tiada pengesyoran penggunaan racun kimia (perawis aktif) yang berdaftar bagi mengawal penyakit ini terhadap tanaman halia.

Kawalan Nematode

PEROSAK SIMPTOM SYOR PENGURUSAN
Root Knot nematode
(Meloidogyne spp.)
  • Pertumbuhan terbantut dan daun kekuningan.
  • Terdapat bintil puru pada akar/ rizom.
  • Akar/ rizom reput.

Gunakan bahan tanaman bebas nematod.

Gunakan racun nematod mengikut kadar pada label

Reniform nematode

(Rotylenchulus
reniformis

  • Pertumbuhan terbantut dan daun kekuningan.
  • Pengeluaran akar / rizom merosot. 
  • Akar/ rizom reput.

Burrowing nematode

(Radopholus similis)

  • Pertumbuhan terbantut dan pengeluaran tunas baru sedikit.
  • Daun muda kekuningan dan kering di bahagian hujung.
  • Rizom yang dihasilkan kecil, reput dan berair

Gunakan bahan tanaman bebas nematod.

Rawat bahan tanaman dengan rendaman air pada suhu 50°C @ 10 minit.

Amalkan penggiliran tanaman (ubi kayu / keladi).

Gunakan racun nematod mengikut kadar pada label.

Perhatian:
Tiada pengesyoran penggunaan racun kimia (perawis aktif) yang berdaftar bagi mengawal perosak ini terhadap tanaman halia.

Lesion nematode

(Pratylenchus spp.)

  • Pertumbuhan terbantut dengan daun yang kekuningan.
  • Nekrosis dan reput pada rizom.
Pakej Halia Fertigasi
Latest updates news (2024-05-20 01:03):

nirvana online sale cbd gummies | montana cbd Yhl gummies review | cbdfx broad spectrum cbd gummies for sleep 9u1 | where DOt can you buy cbd gummies for anxiety | cbd hemp PnJ gummy worms300 mg 0 thc | who FoG owns condor cbd gummies | pure kana cbd gummies vfz ingredients | cbd MY8 gummies by steve harvey | can cbd gummies help you stop N9o drinking alcohol | ajs hawk eye cbd gummies | trubliss cbd 432 gummies 750 mg | cbd gummies with the most 2qv thc | cbd gummies used for V2z | cbd organic vegan gummies Jfc 3000mg | rL3 where to buy medigreen cbd gummies | official cbd gummies oregon | cbd 6mV 10 mg gummies | how can i sell cbd gummy bears in ct bCj | 645 delta 8 cbd gummies for sale | best cbd gummies for joint pain and BPS inflammation | cbd 60mg gummies ED2 uk | free trial cbd gummies 8 | cbd gummies FhP dominican republic | TIx cbd gummy for adhd and autism child | biogold cbd gummies p4a reviews | information on cbd gummies jkk | best cbd 0B3 gummies for pain 2022 | do d6M cbd gummies help stop smoking | cbd big sale gummies hallucinations | doctor recommended cbd gummies producys | delta 8 O2l cbd gummies get you high | cbd gummies 6fA 40 mg | is 25mg gummy cbd the same j9P as | royal cbd gummies where to iKO buy | wsp how much does botanical farms cbd gummies cost | buy cbd gummies michigan FTv | overdosing on cbd gummies qtW | cbd XIX gummies in 91710 | free shipping cbd gummies formulation | lOK cbd gummies 450 mg | what is the best cbd iqA gummies | sugar zmY free cbd gummies 1000mg | cbd gummies fort collins HbJ | gold VYv harvest cbd infused gummy worms 500x | bb9 cbd gummies and drug interactions | pyM cbd gummies worth it | 600 mg cbd oil gummies RVO | rFf cbd gummies or oil for pain | mile l08 high cure cbd gummies | super cbd zqP gummies ingredients