Está en la página 1de 3

Punca-Punca Pencemaran Udara

Aktiviti pembangunan dan perindustrian

Perkembangan ekonomi dunia bergantung kepada industri-industri yang menghasilkan barang untuk dieksport
atau untuk aktiviti perniagaan domestik.

Namun, ini telah menambah buruk keadaan pencemaran udara dunia.

Pelepasan nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida telah membawa kesan sampingan kepada
kehidupan alam sekitar.
Selain itu, bukan sahaja gas-gas pencemar dilepaskan oleh industri, manakala habuk-habuk yang mampu
mengakibatkan sesak nafas manusia juga dilepaskan.

Kenderaan motor

Kenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di dunia. Masyarakat moden amat bergantung
kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, motor, lori, kapal terbang dan sebagainya.

Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini perlu melalui proses
pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya. Akibatnya, gas karbon monoksida, nitrus oksida,
hydrokarbon dan habuk-habuk.
Pada tahun 2004, 14 juta kenderaan telah berdaftar digunakan di Malaysia. Angka ini adalah 2 kali ganda
berbanding dengan sedekad lalu. Manakala penggunaan kenderaan di jalan raya dijangka akan meningkat
kepada 1 bilion pada tahun 2020, namum dijangka juga akan mencapai angka itu lebih awal.

Pembakaran terbuka

Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan
tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan. Akibatnya partikel jelaga
yang boleh diterbangkan ke jarak jauh oleh angin telah dihasilkan. Akhirnya, keadaan jerebu berlaku di
sekeliling tempat.
Keadaan tersebut akan menjadi lebih serius pada musim panas panjang kerana ia turut menyumbang kepada
masalah jerebu yang mampu menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan.
Contohnya, masalah jerebu yang melanda Malaysia pada tahun 1997 menyebabkan hampir seluruh negara
seolah-olah diselubungi 'asap'.

Aktiviti harian manusia

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas
elektrik seperti peti sejuk dan penyaman udara.

Apabila cecair penyejuk digunakan, gas Klorofluorokarbon (CFC) akan dilepaskan ke udara dan ia mampu
menipiskan lapisan ozon. Selain itu, penggunaan peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang
mengandungi CFC juga menyebabkan pencemaran udara.

Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2014/07/punca-dan-faktor-pencemaran-udara-geografi-

pt3.html#ixzz36fnTderU
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook

También podría gustarte