Anda di halaman 1dari 8

Pencemaran Air : Punca, Kesan Dan

Langkah Pencegahan
By The Voize / Alam Sekitar, Rencana / 4 minutes of reading

Dua pertiga permukaan bumi adalah air dan hanya satu pertiga adalah
tanah. Populasi bumi yang semakin membesar menyebabkan air seringkali
menjadi mangsa rakusan manusia.

Semuanya bermula pada era Revolusi Industri pada abad ke-19. Semakin
membesar era ini, semakin tercemar kawasan persekitarannya
termasuklah pencemaran air sungai di Malaysia

Apakah Itu Pencemaran Air?


Pencemaran air ialah apa-apa perubahan yang berlaku secara langsung
atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif 
air sehingga menjejaskan kegunaan dan fungsi air tersebut kepada
manusia dan hidupan lain. (1)
Apakah Punca Utama Pencemaran Air?
Kebanyakan air yang tercemar bukan berpunca dari air itu sendiri.
Contohnya, 80% laut yang tercemar puncanya datang dari tanah besar dan
pemangsanya ialah manusia sendiri.

Antara punca utama pencemaran air di Malaysia ialah pembuangan sisa


dan toksin dari kilang industri. Ini kerana kos pelupusan tidak perlu
ditanggung pihak pengurusan kilang. Ianya lebih menjimatkan.
Selain itu juga, sisa buangan kilang ini juga sangat berbahaya kepada
manusia dan hidupan air sehingga boleh mengancam nyawa dan
kepupusan spesies. Sisa-sisa ini juga tidak dapat diuraikan dan mendap di
dasar sungai atau laut dalam tempoh yang sangat lama. (2)
Menurut Jabatan Alam Sekitar, rekod menunjukkan sebanyak 45.1% punca
pencemaran di Malaysia datangnya dari industri pembuatan dan stesen
rangkaian pam minyak.

Punca kedua pencemaran di Malaysia pula ialah datang dari masyarakat


Malaysia sendiri yang suka membuang sampah ke dalam sungai. Sikap ini
yang tidak terkawal menyebabkan sungai sudah lagi tidak selamat untuk
sebarang aktiviti. Ini dapat dilihat di sunga-sungai sekitar Lembah Klang.
Punca seterusnya datang dari industri pertanian. Para petani menyebut
baja dan racun perosak pada tanaman mereka. Sisa dari aktiviti ini akan
diserap tanah dan kemudiannya akan mengalir ke sungai dan tali air
berhampiran.

Ini akan menyebabkan kadar pembiakan alga dan plankton  menjadi sangat
tinggi dan menyebabkan hidupan air lain terbunuh. Contohnya, Di Gulf Of
Mexico, kawasan itu diisytiharkan sebagai Zon Mati kerana sekitar
kawasan tersebut tiada langsung hidupan kesan dari pencemaran air. (3)
Di Malaysia pula, kilang khinzir antara punca tertinggi air tercemar
disebabkan industri pertanian. Menurut statistik, populasi babi adalah
sebanyak 1.74 juta di Malaysia ini.

Pertumpahan minyak juga menjadi punca pencemaran air di Malaysia.


Antara punca terjadinya pencemaran minyak ialah pelanggaran kapal di
laut dan berlakunya kebocoran tangki minyak sehingga menututp lapisan
air.
Contohnya, pelanggaran kapal MV Waily dengan kapal MT Bunga 3 yang
membawa 61 000 lebih tan metrik minyak tanah telah menyebabkan
kawasan laut Tanjung Ayam tercemar teruk.

Kesan-Kesan Pencemaran Air 


 Kepada Kesihatan Manusia
Secara amnya, pencemaran air membunuh manusia. Pada tahun 2015
sahaja, 1.8 juta manusia mati kerana pencemaran air di seluruh dunia. (4)
Air yang tercemar membuatkan kita sakit kerana ia membawa beribu jenis
bakteria dan virus yang berpunca dari bahan buangan dan toksin
merbahaya. Antara penyakit yang dikaitkan dengan pencemaran air ialah
cirit birit, typhoid dan kanser usus.

Malah, air yang tercemar bukan sahaja bahaya untuk diminum, malah ia
juga memberi kesan sekiranya kita berenang dan boleh mengakibatkan
kanser kulit atau sakit-sakit kulit yang lain.
Sebagai contoh, hampir 78% penyu yang mati adalah disebabkan tertelan
plastik atau sisa buangan manusia kerana dianggap makanan oleh mereka.
Penyu diwartakan sebagai haiwan yang dilindungi kerana jumlah populasi
mereka yang sangat berkurang dan diancam kepupusan.

Selain itu juga, kawasan yang tercemar airnya juga tidak lagi sesuai untuk
didiami. Ini kerana, tumbuh tumbuhan tidak dapat hidup dengan baik dan
haiwan atau manusia yang minum dari air tercemar itu boleh mati.

Aktiviti-aktiviti seperti memancing, memukat, aktivit air lain juga tidak lagi
sesuai diadakan di kawasan yang airnya tercemar.

Langkah Untuk Menghentikan Pencemaran Air


Sebenarnya tiada langkah yang mudah yang boleh diambil. Usaha ini perlu
digembeleng dan disertai oleh semua pihak untuk memastikan ianya
berjaya.

 Mendidik Masyarakat
Media massa dan media elektronik perlu memainkan peranan yang penting
dan kerap bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahayanya
pencemaran air.
Selain itu juga, sikap cintakan kebersihan perlu dipupuk semenjak dari kecil
lagi dan ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan sebaik mungkin
dalam hal ini.

Tunjukkan contoh yang baik seperti membuang sampah ke dalam tong


sampah, mengutip sampah yang nampak di lantai dan lain-lain lagi.

 Undang Undang
Selain itu juga, pihak kerajaan melalui pihak berkuasa pula perlu bertegas
dan menguatkuasakan undang-undang yang telah ditetapkan. Tiada
kompromi samada kepada kroni terutamanya pada pihak-pihak kilang.

Antara undang-undang yang perlu dikuatkuasakan ialah Seksyen 25 (3)


Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM
100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau
kedua-duanya sekali.

Pihak berkaitan juga perlu memastikan sistem perparitan diselenggara


dengan kerap dan memastikan ianya tidak tersumbat. Dengan cara ini,
sampah sarap yang terlepas ke dalam air dapat dialirkan dengan baik.

Kajian Dan Eksperimen


Manakala bagi pihak cendekiawan dan saintis pula, mereka harus terus
menjalankan kajian dan eksperimen bagi mencari solusi dan cara yang
lebih mudah bagi menghapuskan sampah terutamanya plastik yang
mengambil masa sehingga ratusan tahun untuk lupus.

Kesimpulannya, pencemaran air berlaku berpunca dari manusia dan


manusia jugalah yang perlu merancang dan bertindak bagi memastikan
pencemaran air tidak menjadi teruk.

Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Manusia


Setiap jenis pencemaran memberikan kesan yang berbeza terhadap alam
sekitar. Secara asasnya, ia terbahagi kepada beberapa kesan iaitu

Kesan Kepada Kesihatan Manusia


Kesemua pencemaran memberikan kesan langsung ke atas kesihatan
manusia. Sebagai contoh,

 Pencemaran udara – kekurangan oksigen dan penipisan ozon


mengakibatkan penyakit pada saluran pernafasan, sakit dada
dan sukar untuk bernafas
 Pencemaran air – Menurut kajian, 14 000 kematian berlaku
setiap hari di seluruh dunia berpunca dari pencemaran air
tertutama di negara-negara membangun seperti India, China
dan Benua Afrika
 Pencemaran bunyi – Mengakibatkan hilang pendengaran atau
pekak, meningkatkan tekanan darah, stress dan gangguan
pada kualiti tidur

Anda mungkin juga menyukai