malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Jerebu: 14 kawasan catat kualiti udara tidak sihat
Diterbitkan:  Oct 2, 2023 1:29 PM
Dikemaskini: 5:29 AM
ADS

Tahap kualiti udara tidak sihat direkodkan di 14 kawasan di Semenanjung Malaysia, menurut indeks pencemaran udara (IPU) Jabatan Alam Sekitar.

Semua kawasan di Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka yang di bawah pemantauan merekodkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu melebihi 101 setakat 12 tengah hari ini.

Putrajaya dan Taiping, Perak juga mencatatkan bacaan melebihi 101.

Untuk rekod, bacaan IPU sehingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas merupakan tahap berbahaya.

Bacaan IPU tertinggi setakat 12 tengah hari ini ialah 163 di Cheras dan Seremban.

Peningkatan bacaan IPU tidak sihat di Semenanjung Malaysia direkodkan berlaku sejak Jumaat lalu.

Jabatan Alam Sekitar berkata ia berpunca daripada jerebu rentas sempadan dari Indonesia.

Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan telah menasihatkan orang ramai khususnya golongan berisiko tinggi supaya peka dengan tahap kualiti udara di kawasan masing-masing dan mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan.

Lihat Komen