Artikel

75% Lembangan Sungai Di Malaysia, Dikategorikan “Bersih” – DOSM

Kualiti air sungai Malaysia sepanjang 2021 dilihat semakin baik apabila didapati 75% daripada 144 lembangan sungai dikategorikan sebagai bersih hasil pemantauan Jabatan Alam Sekitar negara.

Menurut tinjauan menyeluruh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini (24 November) memperincikan tinjauan terhadap 144 lembangan sungai utama di Malaysia itu menunjukkan sekitar 20.1% sungai dikategorikan sederhana tercemar, diikuti 4.9% pula dikategorikan tercemar.

Status kualiti air sungai di Malaysia ini untuk makluman diukur berdasarkan tiga bahan pencemar utama iaitu Ammoniacal Nitrogen (NH3-N), Biochemical Oxygen Demand (BOD5) dan Suspended Solids (SS).

Daripada 144 lembangan sungai ini, bilangan lembangan sungai yang berkategori “bersih” berdasarkan NH3-N, BOD5 dan SS masing-masing meningkat antara 16 hingga 107% dari 28 kepada 58; 83 kepada 124 dan 110 kepada 127 lembangan sungai berbanding tahun sebelumnya.

Selain peningkatan kualiti air sungai, tahap pencemaran udara di Malaysia untuk tempoh tersebut turut memperlihatkan penurunan. Situasi itu didorong hasil langkah sekatan PKP menyebabkan aktiviti ekonomi melibatkan pelepasan bahan tercemar dan kekurangan kenderaan di jalan raya telah mengurangkan pelepasan karbon monoksida (CO) sebanyak 9.7% pada persekitaran negara.