fbpx

Pencemaran udara boleh tingkatkan kematian akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar pada 16 Oktober lalu menunjukkan seorang petani membakar jerami selepas musim menuai padi di sebuah kawasan sawah di luar Amritsar, negeri Punjab di India. – AFP

PARIS – Pendedahan jangka panjang kepada pencemaran udara dipercayai menyumbang kepada 15 peratus kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia, menurut satu kajian semalam.

Kajian tersebut mendalami risiko kesihatan disebabkan oleh pelepasan gas rumah hijau.

Penyelidikan sebelum ini mendapati, pencemaran udara daripada asap kenderaan dan kilang boleh memendekkan jangka ha­yat manusia sebanyak dua tahun.

Kini, pakar-pakar di Jerman dan Cyprus mengatakan, mereka dapat menganggarkan peratusan kematian akibat koronavirus yang berpunca daripada kesan buruk pencemaran udara.

Kajian mereka, diterbitkan dalam jurnal Cardiovascular Research, mengambil data kesihatan dan penyakit dari Amerika Syarikat dan China berkaitan pencemaran udara, Covid-19 dan SARS iaitu penyakit paru-paru serius menyerupai Covid-19.

Mereka kemudian menggabungkan maklumat itu dengan data satelit mengenai pendedahan global kepada zarah mikro­skopik serta menggunakan rangkaian pemantauan pencemaran darat untuk mengira sejauh mana pencemaran udara boleh mengakibatkan kematian dalam kes Covid-19.

Asia Timur mempunyai tahap pencemaran antara tertinggi. Saintis itu mendapati bahawa 27 peratus kematian Covid-19 dapat dikaitkan dengan kesan kesihatan akibat kualiti udara.

Di Eropah, peratusannya adalah 19 peratus, manakala rantau Amerika Utara mencatatkan 17 peratus kematian Covid-19 de­ngan kaitan pencemaran udara.

“Jika kedua-dua pendedahan jangka panjang kepada pencemaran udara dan jangkitan virus Covid-19 diambil kira, ia bawa kesan buruk pada kesihatan terutama jantung dan saluran darah,” kata penulis bersama kajian tersebut, Thomas Munzel.

Beliau berkata, pencemaran udara menyebabkan pesakit Covid-19 lebih mudah mengalami masalah paru-paru dan jantung.  – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN