suria

Kualiti Udara Di Semenanjung Malaysia Semakin Teruk

PETALING JAYA: Kualiti udara di Semenanjung Malaysia bertambah buruk dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) hampir mencecah tahap 'tidak sihat' pada Rabu.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, Cheras mencatatkan bacaan IPU bersempadan dengan tahap ozon 'tidak sihat' iaitu 91.

Bacaan IPU di Shah Alam dan Pelabuhan Klang berada pada tahap 'sederhana' iaitu 95 sehingga jam 3 petang, meningkat dari bacaan pada pukul 8 pagi iaitu 86 dan 87.

IPU di Petaling Jaya meningkat ke tahap 'sederhana' (87) pada jam 3 petang dari bacaan 81 pada pukul 8 pagi.

Sehingga jam 3 petang, bacaan IPU di Banting meningkat kepada 94 dari 89 (8 pagi) dan Putrajaya meningkat kepada 90 dari 83 (8 pagi).

Kualiti udara di Sabah dan Sarawak adalah 'baik' kecuali Bintulu, yang mempunyai bacaan 'sederhana', 52.

Bacaan IPU 100 hingga 200 dianggap 'tidak sihat', 51 hingga 100 dianggap 'sederhana', manakala 0-50 dianggap 'baik'.

IPU dikira berdasarkan lima bahan pencemar utama udara iaitu Sulphur Dioksida (SO2), Nitrogen Dioksida (NO2), Aras Bawah Ozon (O3), karbon monoksida (CO) dan bahan zarahan dengan diameter bawah 10 mikrometer (PM10).
jerebu, IPU, kualiti udara

Artikel Sebelum

Lapan Rumah Transit Terbakar

Artikel Berikut

Artikel Lain